Rate

Siti

Horror & Thriller Series 45

Siti berusia 13 tahun pada tahun 2015 . Dia baru sahaja ingin memulakan hidupnya sebagai seorang remaja yang mempunyai banyak masalah dalam kehidupannya . Kini , Siti berusia 17 tahun dan sedang melangkah menempuhi likuan kunci kejayaan iaitu SPM .

" Walaupun perit , aku kuat kerana Allah bersama aku " Siti berkata - kata di dalam hatinya seusai solat maghrib sambil air matanya mengalir di pipi tanpa lesung pipit itu . Sedang Siti leka diulik tangisan dan kenangan yang terimbas difikirannya , pintu biliknya dibuka oleh kakaknya yang sangat mengjengkelkan . Dengan sepantas kilat dia mengusap air matanya menggunakan telekung dan berpura - pura membuka telekung serta melipatnya supaya tangisannya tidak disedari kakaknya itu .

Pada saat itu , hidupnya tidaklah senang seperti orang lain . Walaupun tatkala , rakan rakannya melihat dirinya seperti orang kaya kerana dia mampu makan di KFC setiap minggu pada hari jumaat sebelum pergi ke sekolah . Oleh kerana pada masa itu waktu persekolahannya pada hari jumaat bermula pada 2.30 petang , dia pergi ke KFC dahulu bersama rakan - rakannya untuk makan mengalas perutnya yang kosong bagi persediaan memulakan pelajaran dengan bersemangat di sekolah .

~ Masa berlalu dengan pantas , detik demi detik , kini sudah beberapa bulan Siti menjalani hidupnya sebagai seorang remaja ~

Siti bercita - cita untuk menjadi seorang akauntan . sedang dia dileka dengan menungan seorang diri di dalam kamarnya , secara tiba - tiba dia terlihat sesuatu yang aneh dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini . Terus dia berlari anak keluar dari kamarnya dengan teresak esak memeluk ibunya yang tercinta .

Dia mengatakan bahawa dia telah nampak sesuatu yang pelik , namun ibunya masih tidak mempercayainya kerana sebelum ini dia tidak pernah mengadu seperti itu . Penyakit misterinya itu bermula saat detik penampakannya itu ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience