Series
728
“kenapa aku nak bagi duit kat dia?"
itu lah kata-kata Nora apabila kawan baiknya memarahinya kerana menghina seorang pengemis yang meminta sedikit wang kepadanya.
Kawannya Ain hanya mendiamkan diri dan pergi ke dapur untuk membuat segelas kopi, dengan perasaan yang tak menentu, dia berasa marah dengan sikap Nora,berasa kasihan kepada si pengemis itu dan perasaan gembira kerana dia telah mendapat gaji.
“Assalamualaikum”, suara lembut itu terdengar dari luar rumah, Ain hanya berkata, “itu mesti Hana" dalam masa yang sama dia terus membuka pintu itu, Hana hanya masuk dengan wajah yang muram kerana kepenatan, Hana yang bekerja sebagai doktor itu hanya masuk kerumah dan duduk di sebuah kerusi malas miliknya.
Setiba sahaja Hana duduk di kerusi itu Nora terus berbual dengannya, Nora memulakan perbualannya, “tadi ada pengemis tu minta duit kat aku dowh" Ain yang sedang menonton tv terus mencelah dengan berkata “ entah otak Nora ni senget ke apa? bukannya nak tolong dia boleh hina pulak pengemis tu".
Hana hanya terus berjalan ke arah pintu bilik air untuk mandi, dia tahu yang kawannya yang bekerja sebagai seorang cikgu sekolah rendah itu pasti akan menghina orang sesuka hatinya, Ain pula menutup matanya mencuba untuk tidur,
Tiba-tiba Nora mendapat mesej daripada seseorang yang tidak dikenali, mesej itu tertulis “terbakar", Nora hanya membiarkan mesej itu kerana dia terfikir yang mesej itu ialah dari seorang scammer, dia berasa sangat haus jadi dia terus pergi ke dapur dan pergi ke cerek yang apinya masih belum ditutup, air itu dimasak oleh Ain tadi, barangkali Ain terlupa untuk menutup api cerek itu jadi dia terus menutup api itu,
apabila dia mengangkat cerek air itu tiba-tiba sahaja api yang sudah ditutup rapi tadi terbuka dan terkena sebelah matanya, dia terus menjerit kesakitan memanggil nama Ain, apabila Ain berlari ke arah Nora dia terus melihat Nora dengan muka yang hairan.
Nora kelihatan hanya berdiri tegak memandang ke arah cerek yang kosong, Ain hanya memanggil Nora tetapi apabila Nora toleh kearahnya....
Share this novel