Completed
4612
"Kau buat apa ni Averah? Boleh tak kau sabar sikit. Jangan nak bertindak ikut perasaan sangat boleh tak."
"Aku nak cari Pak Salleh. Aku kena cari Fique. Aku dah tak blh sabar lagi dah."
"Cuba kau bertenang sikit. Jangan ikutkan rasa marah tu. Kau ni kenapa? Cuba kasitau aku apa yg berlaku ni?"
"Aku dah kesuntukan masa. Aku kena sumbat Ricky dlm penjara. Aku tak blh tunggu lagi dah."
"Jap. Ricky ni siapa sebenarnya?"
"Ricky tu adik Riefqie. Sebelum dia meninggal dia dah hasut Ricky utk bunuh aku."
"Kenapa kau tak bagitau aku awal awal?"
"Aku tak tahu yg dia akan buat sampai tahap ni."
"Biar aku tolong kau. Hello Pak Salleh. Boleh tak datang pejabat sekarang? Okey terima kasih."
"Aku akan pastikan diorang takkan dapat nyawa aku lepas apa yg dia buat kat Avina dulu."
----------------------
"Woi Fique kau nak pergi mana ni?"
"Aku nak pergi jauh ni. Aku pun tak tahulah sama ada aku akan balik sini ataupun tak."
"Apahal pula? Kau nak pindah tempat lain?"
"Aku tak blh bagitau kau skrg. Nanti bila sampai masa aku bagitau semuanya kat kau okey."
"Kau ni buat aku saspens je."
"Dahlah. Nanti aku terlepas bas pulak. Okeylah aku pergi dulu. Jaga diri baik baik okey."
Fique terus melarikan diri jauh dari Kuala Lumpur kerana dia dapat merasakan bahawa Ricky akan cari dia di sini. Untuk mengelakkan risiko kepada org lain dia berhijrah ke destinasi yg seterusnya bagi menyelamatkan dirinya sendiri. Tapi sblm dia meninggalkan Kuala Lumpur dia berjumpa dgn Pak Salleh terlebih dahulu untuk menyerahkan bukti yg ada untuk diserahkan kepada Averah.
"Pak Salleh, sebenarnya saya ada bukti yg boleh babitkan Ricky bersalah dlm hal ni."
"Apa bukti yg kau ada?"
"Saya record satu recording ni yg memang jelas dia nak bunuh Inspektor Averah."
"Sini aku nak tengok."
Sebenarnya, sebelum ini Ricky pernah jumpa Fique untuk memohon bantuan daripada Fique. Dia memberitahu Fique tentang segala yg dia sudah rancang selama ini. Ricky juga telah memberitahu apa yg Riefqie pernah rancang sblm ini dan dia menyambung rancangan Riefqie sampailah sekarang. Tak cukup dengan itu dia juga mengancam Fique bahawa jika dia tidak mahu bekerjasama dia akan dibunuh dengan kejam seperti Avina dulu. Macam macam benda yg dia katakan pada Fique dan hampir kesemua ucapan Ricky sempat dirakamkan oleh Fique. Dan skrg ini bukti itu berada di tangan Pak Salleh. Hanya tinggal Pak Salleh menghantarnya kepada Averah ataupun pihak polis sendiri. Tapi Fique sudah tiada masa lagi. Dia ingin membawa diri ke tmpt baru yg boleh menjamin keselamatan dia. Pak Salleh sudah mendapat rakaman yang dihantar Fique melalui Whatsappnya. Dia juga tlh menghantar salinan lain jikalau Ricky mendapat rakaman itu. Sebagai balas budi Pak Salleh ingin menghantarnya ke stesen bas.
---------------------
"Hello Pak Salleh. Ada apa ni call saya? Apa? Dah jumpa bukti? Siapa yg bagi? Okeylah kalau mcm tu saya tunggu Pak Salleh kat office nanti. Thank you."
"Apa yg Pak Salleh cakap tu?"
"Dia kata Fique dah jumpa dgn Pak Salleh dan bagi bukti yg dia ada."
"Bukti? Apa bukti yg dia ada?"
"Dia kata dia ada rakaman perbualan dia dengan Ricky. Yg hebatnya Ricky bagitau semua benda kat dia and semua tu dah dirakam."
"So maknanya kita tak perlu cari dialah?"
"No need because dia dah keluar dari KL."
"Dia nak pergi mana pulak ni?"
"Entahlah. Mungkin dia nak larikan diri dari Ricky. Takut nanti kena bunuh dgn dia."
"Betul jugak tu."
----------------------
"Macam mana kalau apa yg dia cakap tu betul? Macam mana kalau dia bunuh aku macam mana aku pernah rancang dgn abang dia utk bunuh Avina. Tak mungkin ini tak boleh jadi. Kalau ada sesuatu berlaku kat aku reputasi syarikat boleh menurun dan keselamatan Averah dlm bahaya.
Masalahnya bukan itu yg aku takutkan tapi aku takut kalau dia cuba cederakan Averah macam mana Riefqie pernah buat kat Avina dulu. Kalau aku buat laporan aku takde bukti yg kukuh untuk sabitkan dia dlm hal ni. Fique. Mungkin dia boleh tolong aku. Aku kena telefon dia sekarang. Hello."
"Kau nak apa dari aku? Hei! Apa ni lepaskan aku! Jangan bunuh aku!"
"Hei! Kau ingat aku bodoh ke? Aku tahulah apa yg kau dah buat kat blkg aku. Sekarang ni kau dah tak boleh lari mana mana lagi dah."
"Tessa! Apa benda yg kau buat ni? Jangan buat benda bodoh boleh tak?"
"Benda bodoh apanya? Aku cuma nak balas dendam kat dua ekor tu je. Dahlah cepat masuk."
"Apa yg korang tercegat lagi ni? Bawa dia masuk!"
"Hello Fique! Aku kena selamatkan dia!"
----------------------
"Huh! Pak Salleh. Apa bukti yg dia kasi tu?"
"Ni. Rakaman nilah yg dia sempat bagi sebelum dia tinggalkan KL ni."
"Dalam ni ada apa sebenarnya?"
"Jom kita dengar rakaman ni sekarang."
"Okeylah. Jom kita ke pejabat."
----------------------
"Kau nak bawa aku pergi mana ni?"
"Kau diam boleh tak. Kau tunggu je aku bawa kau pergi mana."
"Aku akan pastikan org jahat macam kau ni akan meringkuk dlm penjara."
"Cubalah kalau blh. Tapi kau kena ingat yg kau masih ada keluarga lagi tau."
"Apa benda yg kau merepek ni?"
"Kau tak tahu lagi ke? Tessa tak bagitau kau?"
"Bagitau apa benda ni?"
Share this novel