BAB 9

Thriller Completed 9932

"Kenapa bang? Abang macam tak happy je?" Sayidah bertanya kehairanan.

"Eh, mana ada. Kalau Sayidah suka, abang pun suka!" ujar Azlan berdalih.

Sayidah kemudiannya menyanyi riang memasuki bilik utama rumah itu. Tinggal Azlan seorang diri di ruang tamu.

Angin petang yang menerobos masuk melalui tingkap-tingkap yang terbuka terasa bagai membawa haba panas. Azlan tidak senang duduk.

Matanya menerawang melihat ruang rumah. Kemas dan tersusun dengan perabot antik.

Namun, keindahan aturan itu tidak mampu menarik hati Azlan yang semakin gelisah tidak menentu. Entah mengapa dia betul-betul merasa aneh dan pelik.

Perasaan gelisah Azlan terbawa-bawa hingga ke malam. Tidurnya jadi tidak lena, sedangkan Sayidah sudah tidur dengan nyenyak.

Perlahan-lahan, kerana tidak mahu menggangu tidur Sayidah, Azlan melangkah keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience