"Tuan.. Tuan ok tak ni?" Soal Damia sebaik saja memasuki pejabat tuannya itu. Eidlan yang sibuk memicitkan kepalanya perlahan-lahan mendongak ke arah Damia.
"Saya ok.." Balasnya lemah. "Hm.. Damia, boleh tak kalau awak batalkan semua appointment dengan client hari ni.. Saya tak rasa macam nak jumpa sesiapa." Sambungnya lagi.
"Baiklah tuan. Tapi kenapa, tuan? Tuan betul ok tak ni?" Tanya Damia lagi masih tidak berpuas hati.
Melihat Eidlan yang lansung tidak mengendahkan pertanyaannya dia segera berjalan mendekati Eidlan lalu dia meletakkan telapak tangannya pada dahi Eidlan bagi memeriksa suhu badan tuannya itu.
Eidlan yang berasa kurang senang pantas mengundurkan badannya sedikit ke belakang. Dahinya di kerut sambil menggaru hidungnya yang gatal dek terhidu satu bau yang sangat kuat dari Damia.
"Saya sihat..Awak tak payah risau.. And perfume awak kuat sangat.." Tegur Eidlan. Dah serupa Afiqah tingkahnya.
"Mestilah saya risau, tuan kan tuan saya. Kalau tuan sakit, saya pun akan rasa sakit.." Jawab Damia sambil tersenyum mesra. Soalan tentang perfume nya itu dibiar tidak dijawab kerana dia sememangnya sengaja mengenakan wangiannya 3 kali ganda lebih kuat dari biasa.
"Awak ni, dah macam obses bunyi. Awak cuma secretary, bukannya hamba abdi." Balas Eidlan lalu tertawa kecil. Geli hatinya mendengar jawapan dari mulut Damia.
"Kalau saya jadi hamba abdi tuan seumur hidup pun saya sanggup" Jawab Damia dengan penuh yakin. Eidlan yang terkejut mendengar pengakuan Damian pantas mendongak melihat ke arah Damia yang sudah pun tersenyum.
Tok tok tok.
Bunyi ketukan mematikan lamunan Eidlan sekaligus membuat roh Damia sebagai seorang setiausaha merasuk kembali ke tubunnya. Tanpa sebarang arahan daripada Tuan Eidlan dia segera membuka pintu pejabat.
"Haih. Eidlan buruk nau rupa kau!" Kritik Alvin lalu tertawa kecil. "Nak cakap kena tinggal bini. Bini ada di rumah." Sambungnya lagi.
"Dahlah kau, keluarlah. Jangan ganggu aku.." marah Eidlan.
"Amboi, datang je kena halau?" Balas Alvin. Bibirnya dicebik, merajuk.
"Damia, bawa Alvin keluar. Saya nak bersendirian sekarang." Perintah Eidlan tegas membuatkan Alvin terpana.
"Tapi tuan.."
"Takda tapi tapi. Awak pun. Duduk dekat meja awak. Saya tak perlukan khidmat awak sekarang. " Kata Eidlan. Cepat saja dia mencelah. Kepalanya perlahan-lahan dibaringkan di atas meja pejabatnya.
Tanpa sebarang bantahan Alvin dan Damia berjalan seiring melangkah keluar dari pejabat Eidlan.
"Kenapa dengan Tuan?" Soal Alvin sebaik saja pintu pejabat itu ditutup.
"Entahlah.. Dia masuk je ofis pagi ni dah lain macam.." Jawab Damia sambil mencebik bibirnya, seakan merajuk dengan tingkah tuannya yang menghalau dia sekali.
"Dari pagi tadi?" "Hai? Takkan ada kena mengena dengan medical checkup dia semalam kot?"
"Medical checkup?" Soal Damia, pura-pura tidak tahu. Bukannya Mira tidak memberitahu beliau tentang pekara ini sebelum dia resign.
"Sebenarnya aku jenguk ni pun nak tanya, macam mana keputusan dia.." Jawab Alvin jujur membuatkan Damia berfikir sejenak.
Kalau Eidlan taknak bagitahu Alvin, apatah lagi orang luar kan? Kalau gitu, sampai bila-bila aku takkan tahu keputusan test tu. Hm apakata kalau aku korek dari Afiqah? Yelah kan ex classmate aku, a very positive and idiot ex classmate..
"Dahlah, aku balit tempat duduk aku." Kata Alvin lalu beredar. Damia hanya mengangguk kecil sebelum dia tersenyum sinis.
Mungkin aku patut mulakan langkah aku sekarang.. Fikir Damia. Sekali lagi, dia tersenyum sinis.
"Hello Afiqah..I nak jumpa you."
*****
"You betul ke Eidlan benarkan ni?" Soal Afiqah berulang kali. Walaupun itu company milik suaminya tetap juga dia risau. Yalah, taknak pula nanti orang cakap suami dia berat sebelah.
"Betul. Dia dah cancelled semua appoinment dia pun. I bosanlah takda kerja, so I ajak you keluar. Lagipun you isteri dia, berani dia melawan.." Jelas Damia lalu tersenyum. Afiqah hanya tertawa kecil yang kedengaran agak dibuat-buat.
"Isteri dia tak bagi tiket untuk you suka hati keluar masuk pejabat. Kang apa pulak kata staff lain.." Ujar Afiqah lalu termenung jauh.
"Ye lah yelah.." Damia akur. "Yang you ni termenung kenapa? Aih.. Di ofis Tuan, kat sini pulak you..You two gaduh ke apa?" Soal Damia pula, seakan cuba mengorak langkahnya.
"Takdalah.. Hm Eidlan.. Eidlan ok?" Soal Afiqah. Damia yang seakan terkejut dengan pertanyaan Afiqah hanya tertawa kecil, sambil dahinya dikerutkan.
"Aie? Tanya I pulak. You punya husband, you call lah tanya dia ok ke tidak.." Balas Damia sambil menghirup chocolate shake yang di pesannya tadi. "Korang dua betul ok ke ni?" Soalnya lagi, masih tidak berputus asa. Itulah Damia, pantang mengalah! Afiqah mengeluh berat.
*****
"Sayang.. Abang nak minta maaf." Ujar Eidlan tiba-tiba sambil jari-jemarinya bermain dengan anak rambut Afiqah.
"Untuk apa?" Soal Afiqah yang masih lagi terbuai di dalam dakapan suaminya. Eidlan yang tadinya bersandar pada sofa, perlahan-lahan menjarakkan tubuhnya sedikit ke hadapan memaksa Afiqah mengangkat kepalanya.
"Sebab.. Disebabkan abanglah kita tak dapat baby sampai sekarang.." Jawabnya dengan nada sayu membuatkan Afiqah berasa serba salah. Tangan suaminya itu digenggam rapat, matanya ditenung dalam lalu tersenyum.
"Abang.. Kekurangan abang melengkapi sayang. Walau apapun yang terjadi, perasaan sayang akan tetap utuh untuk abang. Sayang janji. Cuma.."
"Cuma apa?" Tanya Eidlan mencelah.
"Cuma sayang nak abang juga setia dengan sayang, sepertimana sayang setia dengan abang.." Sambung Afiqah. Eidlan hanya terdiam seakan ada sesuatu yang menganggu fikirannya.
"Of course.." Balas Eidlan, akhirnya bersuara lalu tersenyum-senyum, seakan-akan dibuat sekaligus menimbulkan rasa ragu di benak hati Afiqah.
"Lagi pun specialist tu cakap yang kita masih ada harapan untuk dapatkan baby kan.." Sambung Eidlan lagi. Afiqah pantas mengangguk sebelum menyandarkan semula kepalanya di bahu Eidlan.
Sesungguhnya Afiqah merasa tenang, sangat tenang dan selamat setiap kali di dalam dakapan suaminya itu tapi entah mengapa, sejak kebelakangan ini dia merasakan ada sesuatu yang mengusik hati wanitanya.
"Hm..abang?" Soal Afiqah tiba-tiba, setelah agak lama terbuai di dalam khayalannya sendiri.
"Ye sayang?" Balas Eidlan. Pandangannya cepat-cepat beralih daripada kaca televisyen ke Afiqah.
"Abang ada beli perfume baru ke?" Tanya Afiqah pula membuatkan Eidlan mengerutkan dahinya.
Sejak dari suaminya pulang tadi lagi, dia perasan tentang 'wangi' tersebut tapi tidak diendahkan olehnya. Mungkin sahaja suaminya itu berjumpa dengan klien yang penting sehinggakan dia harus menjaga penampilan dan sebagainya tapi kalau dah lepas mandi pun, wangiannya masih tidak hilang.. Ni memang agak aneh.
"Abang? Mana ada abang beli perfume.. Kan sayang jugak yang sensitif sangat dengan perfume.." Balas Eidlan membuat Afiqah berfikir sejenak.
Betul jugak! Sejak Eidlan dengan aku, dia macam tak pernah pakai perfume. Tapi.. Fikir Afiqah.
"Tapi baju abang ni.. Wangi dan bau dia macam familiar.." Ujar Afiqah. Dahinya kelihatan berkerut dek terlalu memikirkan dari mana dia pernah menghidu wangian tersebut.
"Sayang ni dah kenapa? Abang tak cium apapun.. " Ujar Eidlan, masih lagi terpinga-pinga.
Aku betul betul kenal bau ni..Tapi kat mana ek?
Sedang Afiqah berfikir, tiba-tiba hidungnya terasa gatal dan tidak semena.. 'Achu!' Satu bunyi bersin yang sangat kuat sehingga menyebabkan satu badannya bergegar. Eidlan yang terkejut dengan tingkahnya pantas berundur sedikit ke belakang.
Damia! Yes! Aku tak salah, ini betul-betul bau perfume Damia! Aku kenal sangat sebab aku sensitif dengan bau perfume..
Ternyata bunyi bersin itu tadi dapat membantu Afiqah mengingat semula pemilik kepada wangian tersebut. Hati Afiqah yang tadinya terasa tenang kembali bergelora.
Kenapa wangian Damia sampai melekat kat Eidlan? Apa diaorang buat?
Share this novel