Bab 11

Psychological Series 5380

"Aqish kenapa kita pergi sini..kau kata nak jump-jangan cakap...

"Haykal aku minta maaf..hiks hiks hiks." Kata Aqish lalu menangis teresak esak .

"Mana Alya Aqish??!!Maneee?!"Jerit Haykal dengan air mata deras .

"Al...al..alya da..dah tak..takde...hiks hiks hiks!"Jawab Aqish .

Haykal terkedu . Tak mungkin dia tak percaya .

"Jangan memain Aqish!Tak mungkin!"Jerit Haykal lagi kini sifat kelakian dia sudah hilang dia tidak lagi bercakap sopan . Air matanya juga deras .

"Aku minta maaf .... hiks hiks .."Kata Aqish .

"Macam mana Alya boleh meninggal?"Tanya Haykal .

"Dia accident.."Jawab Aqish dengan masih dengan menangis .

"Bila?"Tanya Haykal .

"Malam masa dia suruh aku hantarkan surat pada kau..hiks...masatu...aku baru balik rumah,aku pelik kenapa rumah gelap..aku pun cuba call Alya tapi orang lain yang jawab dia cakap Alya accident pastu Alya dah dekat Hospital . Aku pun pergi lah hospital . Dia koma 2 hari tapi masa tepat jam 12 malam bersamaan dengan birthday dia ... hiks hiks dia dah takde..hiks hiks"Jawab Aqish tangisan nya makin kuat . Walaupun dia baru sahaja berjumpa dengan Alya dan dia tahu Alya psiko dia cuba bantu Alya .. dan dia berjaya bantu Alya tapi takdir tidak mengizinkan Alya berada di dunia yang membuatnya penat . Dia diambil oleh penciptanya . Macam mana Aqish boleh kenal Alya ? Masatu hujan lebat dan Aqish takut badan dia menggeletar teruk . Dia dah nak pengsan nasib ada Alya masatu . Jadi Alya pun bantu Aqish dan dari situ lah mereka mula rapat . Alya luahkan segalanya kepada Aqish , Aqish turut menangis mendengar luahan Alya.. Sesungguhnya gadis itu kuat dan tabah .

"Jom...tunjuk aku mana kubur Alya.."Kata Haykal dan membuka pintu kereta . Air matanya diseka .

'Aku janji aku mesti kuat untuk Alya..'kata hati Haykal . Dia berjanji akan kuat untuk Alya walaupun gadis yang dia cintai itu sudah tiada .

"Jom.."Ajak Aqish .

*******

"Aqish tinggalkan aku kejap..kau tunggu bole?"Kata Haykal .

"Oke, take your time.."Balas Aqish .

Haykal hanya mengangguk . Aqish sudah berlalu pergi .

"Awak...awak baik baik je ke dekat sana?Allah sayang awak..Saya okey je kat sini tau walaupun awak takde di sisi saya...Kalau saya tahu awak akan pergi dulu...saya dah lama bagitau awak tentang perasaan saya..Saya pun suka...no saya cintakan awak Alya sepenuh hati saya..saya ikhlas..awak tahu tak susah sangat nak lupakan awak Alya 4 tahun hiks -

Tangisan Haykal terhambur setelah lama ditahan .

"4 tahun..saya tunggu awak...tapi pada akhirnya hiks awak memang tinggalkan saya...susah saya nak terima tapi...saya kene terima jugak,hiks saya sayang awak sangat sangat Alya...hiks hiks...saya tak sanggup..saya tahu walaupun perjumpaan kita yang singkat tapi....hiks...takpela Alya...semoga awak bahagia ye...tunggu saya...nanti saya lawat awak lagi..."Kata Haykal . Dengan langkah yang berat dia berlalu pergi .

******

"Haykal...kau ok?"Tanya Aqish .

Haykal hanya mengangguk . Dia merenung ke luar jendela .

******

"Haykal..aku balik dulu tau pape call je aku."Kata Aqish .

"Ok.."Jawab Haykal pendek .

Setelah pandangan Aqish hilang dari Haykal dia menutup pintu dan naik kebiliknya . Dia membuka laci yang menyimpan diari milik Alya . Dia membuka diari milik Alya .

-Rahsia Seorang Gadis-

2/1/2016 -

-Harini Mama ngan Papa gaduh . Aku takut . Aku ingat hari ni birthday aku..tapi..tak kene sambut..takpela mungkin Papa Mama lupe kot-

4/1/2016 -

-Harini aku masuk sekolah..masa aku sampai sekolah semua pandang aku macam muka aku ni buruk sangat .. tapi ada seorang perempuan ni dia tegur aku..pastu dia ajak aku berkawan dengan dia then dia kenalkan aku dengan kawan dia yang sorang lagi nama dia Ziyaad . Muka dia...hensem hehe..Oh ye nama kawan perempuan aku ni pula Nazura..cantik -

5/2/2016 -

-Harini bosan laa kat sekolah...tapi takdelah bosan sangat sebab ade Ziyaad heehehe ngam Nazura laa..sejak dorang kawan dengan aku stress aku terlepas sikit . thankyouu Ziyaad & Nazura -

23/5/2016

-Hey!lama dah aku tak buka diari sorry aku busy huwaaaa :( , um actually takde pape istimewa berlaku harini . hehehe so bye.-

5/6/2016

-Mama bawa lelaki masuk rumah..taktau sape.-

20/6/2016

-Harini birthday Ziyaad aku nak bagi hadiah tapi...aku malu so aku wish jee!hehe lagipun dia cakap tak payah .-

4/7/2016

"Ade rumor cakap Ziyaad tengah couple tapi aku tak percaya!kay bye!-

15/8/2016 -

-Um hyee my diari kesayangan!sorry au lama dah aku tak tulis kau . hehehe kau tau tak diari..tak lama lagi ada pertandingan bola sepak Ziyaad ikut !! aku happy sangat sebab dia ikut . Aku ni suka tengok bola sepak hensem hensem dorang..fuh..oh yaaa! pertandingan bola sepak tu en 15/10! hehehe pastu pengetua tadi cakap akan ada cuti sebulan!yeayy cutii!!and bukan tu je aku nak gembira hari masa pertandingan tu aku nak...confess kat Ziyaad huwaa yang aku suka dia!!hehehe.harap dia terima..!!semangat Alya!!-

20/8/2016

"Papa marah aku..dia umban botol arak dekat aku kene kaki aku..aku dah buh ubat.. takpe aku kuat .

17/9/2016

- Mama Papa gaduh lagi...aku dengar Mama curang..hm...takpela aku ngantuk lah..bye takde mood..hm-

29/9/2016

"Aku sedih...Mama nak minta cerai sebab Papa buat bende tak baik dengan kawan Mama depan mata Mama sendiri . hm...sampai bila keluarga aku nak macam ni-

11/10/2016

-Harini ade berita sedih dengan gembira...aku tulis yang gembira dulu la..berita gembira...aku gementar!ade 4 hari lagi sebelum aku confess kat Ziyaad!heheh and berita sedih...Mama Papa gaduh lagi..pasni kalau aku tulis kan kat diari kalau something jadi kat family aku..aku tulis Mama Papa gaduh je..nak juga kira berapa kali dorang gaduh...hehe tak lah aku memain . Dahlah ngantok laa..bye!-

15/10/2016 - Hari aku confess!!!!

"Aaaaaa!!wey aku gementar dok!!,jap lagi aku dah nak pergi sekolah! pastu karang nak confess !! huwaaa takottt!!"okok relax Lyaaa!!aaaa tak boleee!!okok aku dah lewat bye..-

15/10/2016 - Im Broken .

"Hai...Ziyaad kata dia ada suka orang lain takpe!!aku tak sedih..pon...but aku SEDIH!!sapelaaaa orang bertuah tu..hmm.. takpela nak moveon ke tak eh?takyahlah hehehe..um dahlah ngantok!!

5/11/2016

-Mama Papa gaduh . same situation masing-masing ada hubungan sulit . Aku rimas . aku stress -

7/11/2016

"Mama tengking aku...sebab aku gagal exam akhir tahun..takpe aku ok!bye!-

9/11/2016

-Harini birthday Mama , aku beli kek and aku suprise kan Mama.. tapi Mama baling kek tu dan kek tu jatuh kat lantai..aku tak dapat tahan air mata aku.. dahlah bye!-

2/12/2016

-Yahoo..dah tiba cuti sekolah!kay tu je bye!-

4/12/2016

-Papa bawa perempuan masuk rumah . -

7/12/2016

-Mama Papa gaduh lagi..aku takutt aku nampak tangan Mama berdarah masa aku curi curi tengok tadi . Lepas dorang gaduh ni aku gi tolong Mama sapu ubat lah.-

7/12/2016

-Tadi aku pergi bilik Mama nak tolong Mama sapu ubat...tapi dia tampar aku..dia kata... takpayah sebok hal dia...aku tak sebok..aku nak tolong...kenapa hidup aku macam ni...aku dah penat.-

20/12/2016

-Um bosan laaa!!!huwaaa!!kaylah nak tidur dulu bye!-

24/12/2016

-Aku takut....Mama Papa gaduh...aku takut...tadi aku nampak Papa pegang pisau dia ada sebut nama sorang perempuan ni..tapi aku tak kenal... nama dia Raida . Aa tak kisah sape tu...aku ...takut...-

31/12/2016

-Haii!Harini last tarikh untuk bulan 12 , pastu lusa ni birthday aku!!yeah heyyy!!! gembira nya aku harap lusa tu adalah birthday terbaik buat aku..bye!-

1/1/2017

-Umm heyy!!diari ! diari tahu tak esokkan birthday Lya .. Nazura dengam Ziyaad ajak keluar!!! yeahh!!!Dan esok Lya dah 17 tahun!!! Eh bukam esok dalam berapa jam je lagi omg just 1 jam lagi Lya dah 17 tahun omg!!excited titewww!!-

2/1/2017

-Lya nak turun..tapi tak jadi sebab Mama Papa gaduh lagi...hmm...Lya ingat Lya dapat sambut birthday dengan dorang untuk ke 17 tahun tapi...hampeh... takpela..nanti Nazura ngan Ziyaad kan ajak Lya keluar .. soo!!heheh..byee!!-

2/1/2017

-Hati aku hancur..aku rasa aku dah macam tiada hati dah!!harini birthday dan hari paling teruk aku pernah rasa semua tak pernah kena dalam hidup aku!!aku benci!keluarga kaya kasih sayang habuk pun tiada?! cinta?haha..orang yang aku suka tengah bercinta dengan kawan baik aku!!kenapa?!kenapa?!! Tuhan tak boleh bagi aku atau kurniakan seseorang untuk bersama dengan aku..aku...aku penat..aku nak mati...-

2/1/2017

-Nazura dah takde.....Naz kenapa kau tinggalkan aku!!!aku tak sanggup kau tinggalkan aku .. kenapa?!!!!! kenapa dunia ni kejam sangat dengan aku...aku tak minta kena lahir pon kalau aku tahu dunia ni benci sangat dengan aku ... aku penat!!!! tolonglah bila semua ni akan berakhir .-

Tup.

Air mata Haykal mengalir deras melihat segala luahan Alya didalam buku itu . Dia belum sanggup untuk tengok selanjutnya. Jadi dia memilih untuk berhenti lagipun dia memgantuk akibat terlampau menangis . Dada nya sakit menahan perit , dia sangat kasihan kepada Alya .. Alya tidak pernah mendapat kebahagiaan yang diingini.. kenapa Tuhan tidak mengirimkan Haykal dari dulu buat Alya . Haykal berfikiran begitu . Air matanya mengalir lebih deras . Sakit!itu yang dia rasa . Tapi dia tidak ingin menyalahkan Tuhan kerana ini adalah takdir .

Setelah dia menutup buku Diari Alya dia mengambil laptopnya dan memasang pendrive ke laptop nya . Dan munculnya sebuah video .. Video itu membuatkan dia terharu,video baru sahaja bermula..dia cuba untuk tidak menangis tapi...dia tak dapat air mata nya mengalir dan dengan cepat dia menyeka . Dia mesti kuat . Itu janjinya . Setelah video itu habis..air matanya masih ditahan . 'Alya....saya rindu awak..'kata Haykal didalam hati dengan air matanya yang mengalir , dia tidak dapat menahan airmatanya . Tidak lama kemudian dia terlelap .

[ tbc ]

Meriahkan komen!!! tinggal 1 bab lagi!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience