Selepas tamatnya majlis persandingan Ryqal dan Betty,semua tetamu mulai beransur pulang begitu juga dengan mereka.Walaupun berkali-kali Ryqal dipujuk oleh Rania,ibu saudaranya merangkap ibu mertuanya namun Ryqal tetap berkeras untuk pulang ke kondominium miliknya yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur.Betty memasuki kereta Audi milik Ryqal dengan wajah muram.Sepanjang perjalanan,Betty hanya mengeluh sambil mengusap cincin yang terletak dijari manisnya.Ryqal hanya menjeling dari hujung mata.
“Kau yang nak sangat nikah dengan aku..aku dah setuju..so,tak payah nak mengeluh kalau aku buat keputusan yang kau tak setuju..”ujar Ryqal acuh tak acuh.
“Kenapa mesti ubah panggilan you pada I,Ryqal?..”soal Betty.
“Suka hati aku la..kau ingat kau kahwin dengan aku,aku akan layan kau dengan lebih baik ke?..tak kuasa aku..dah la..kau anggap ajelah kita ni cuma nikah atas surat aje..kau tak berhak nak kawal aku..bagi aku pernikahan ni ibarat sumpahan dalam hidup aku..kau faham?..kau tu satu sumpahan buat aku,Betty..”ujar Ryqal dengan penuh perasaan menyampah terhadap Betty.
Bergenang air mata Betty mendengar butiran ayat Ryqal yang diibarat seperti pisau yang maha tajam menusuk terus ke hatinya.Setitis air mata Betty mengalir.Bagi setiap wanita,mereka pasti mengidamkan sebuah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan namun harapan Betty kelihatan seperti mustahil untuk terjadi.Ryqal memandang Betty dengan pandangan tajam.
“Kau tidur..”ujar Ryqal lalu sekelip mata Betty sudah terlentok.Ryqal ketawa jahat melihat keadaan Betty.
Share this novel