Tidak pernah terlintas di fikiran Erisha bahawa tindakan kakaknya melarikan diri dua hari dari majlis perkahwinan bakal menghuru-harakan hidupnya. Demi maruah keluarga, Erisha terpaksa menggantikan tempat kakaknya untuk menjadi isteri kepada lelaki asing yang tidak dikenalinya. Zaq Zaeden merupakan seorang lelaki dingin yang sangat sinis dalam setiap tutur katanya. Baginya, Erisha bukanlah seorang isteri, tetapi hukuman untuk kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Malam pertama sepatutnya menjadi momen terindah yang menyatukan pasangan suami isteri dalam ikatan halal, tetapi bukan mereka. Malam itu malah menjadi momen Zaq Zaeden memberi amaran bahawa wanita yang telah menjadi isterinya itu akan menderita sampai dia puas. Erisha yang tidak berdosa menjadi sasaran amarahnya. Setiap kata-kata lelaki itu bagaikan sembilu dan setiap sentuhannya bagaikan hukuman. Saat kekosongan mulai menyapa, muncul seorang wanita yang cuba mengisi ruang hati Zaq. Erisha? Dia langsung tidak peduli dan tidak mahu peduli tentang wanita itu. Baginya, wanita itu tiada nilai. Tetapi, semuanya berubah apabila dia ternampak Erisha dengan lelaki lain dan buat pertama kalinya, dia mulai goyah. Adakah kemungkinan akan wujud sesuatu yang dinamakan cinta dalam hubungan mereka atau kebencian dan keegoan masing-masing akan terus dipertahankan? Kemunculan semula Edrina, iaitu wanita yang sepatutnya menjadi isteri kepada Zaq Zaeden mencipta ketegangan yang tidak dapat dielakkan. Lantaran itu, Erisha meminta Zaq untuk membuat pilihan di antara mereka berdua. Di antara wanita yang membuatkan dia terikat dalam ikatan tanpa cinta dan wanita yang pernah dicintainya, siapakah yang akan menjadi pilihan Zaq Zaeden? **** “Kalau benci sangat, kenapa kau tak ceraikan aku je?” -Erisha “Sebab aku belum puas tengok kau menderita.” -Zaq Zaeden WARNING! BACAAN UNTUK DEWASA (Bahan bacaan anda, pilihan anda, tanggungjawab anda) Copyright© 2025 NovelPlus
Update 07 September 2025
2025-09-02 1 Replies
Tahniah author. As expected, novel Azzalea memang tak mengecewakan. Keep it up!
2025-09-02 1 Replies
Yayyyy! Saya sukaaaaa!!!! Saya suka semua novel Azzalea!! Ada bitter ada sweet. Dark jangan cakap. Memang dark, tapi saya suka! Puas hati baca setiap plot dan jalan cerita untuk setiap novel. Semuanya tersusun cantik walaupun konflik dia non stop menyesakkan dada. Hahaha! Tahniah! Nak repeat baca cerita ni dari awal. Dah tak sangkut² tak perlu tunggu update. Cepat² publish novel baru tau! Saya akan sentiasa tunggu novel baru Azzalea.
2025-09-02 1 Replies
Alhamdulillah tahniah azzalea best endingnya dapat juga zaq buka puasa ya