~ Cinta itu bukan tentang paksa atau rela, tetapi tentang keteguhan hati untuk mempertahankan ~ Kerana konflik keluarga, hati dan perasaan Shira menjadi taruhan. Satu-satunya jalan keluar yang tinggal adalah menikahi lelaki bernama Arrian, lelaki yang belum sempat dia kenali. Perkahwinan itu bukan pilihan, tetapi takdir yang dipaksa. Arrian melihat perkahwinan ini sekadar urusan perniagaan. Sekadar perjanjian dan alat untuk menebus harta pusaka, kerana pada hakikatnya, hatinya sudah lama terpaut pada seorang wanita misteri yang pernah menyelamatkannya empat tahun lalu, pada malam yang kelam ketika seluruh dunia diselubungi pandemik. Petunjuk yang dia ada hanyalah sehelai sapu tangan milik orang yang dia tidak sedar sebenarnya sudah berada di depan mata. Takdir seakan sengaja mempermainkan mereka. Saat cinta mula mengetuk pintu hati masing-masing, pengakuan seorang wanita yang mengaku sebagai penyelamat yang selama ini Arrian cari, menariknya semula kepada janji lama. Antara janji dan cinta, antara rahsia dan luka, mereka harus memilih. Kerana, bahagia itu tidak pernah datang tanpa harga. Kadang-kadang ia menuntut pengorbanan yang paling menyakitkan. Arrian dihambat dilema antara janji yang dipersetujui, rahsia yang belum terungkap dan hati yang akhirnya tidak mampu lagi menafikan kebenaran. Shira pula terperangkap antara maruah, kemarahan dan egonya sendiri. Bagi mereka, cinta ini terlalu berat untuk dipertahankan. Tetapi, mampukah mereka berpaling ketika hati sudah mula terikat dengan insan yang sepatutnya dibenci? WARNING BACAAN UNTUK DEWASA (Bahan bacaan anda, pilihan anda, tanggungjawab anda) Copyright© 2025 NovelPlus
Update 09 October 2025
2025-10-09 1 Replies
adoi asyik gaduh je 2 ketoi ni mungkinkah shira penyelàmat arrian waktu tu
2025-10-09 1 Replies
Tak ada la red flag sangat Rian ni. Tapi Shira tak boleh bagi muka terus. nanti makin Rian tu suka buli.
2025-10-09 1 Replies
Rian saja buli tu nak kenakan shira