CINTA? Bagi MEJAR QAWIYYUL QAIM QAREEN, erti CINTA hanyalah pada negara dan keluarganya. Sumpah setianya hanya pada negara tercinta. Mejar Qawiyyul tidak pernah percaya pada cinta seorang wanita dan menganggap wanita hanyalah tempat untuk memuaskan hawa nafsu lelakinya sahaja. Di sisi lain, DR SIMRA SAHANA SHAMREEN memiliki pandangan rendah terhadap lawan jantinanya dan sangat yakin, seorang lelaki menginginkan seorang gadis hanyalah semata-mata untuk keseronokan mereka. Pertemuan mereka yang tanpa sengaja mengubah presepsi mereka berdua terhadap CINTA. Pelbagai kisah lucu yang terjadi apabila usaha Dr Simra ingin mengeluarkan kembali liontin yang tergantung di pergelangan tangannya berakhir di perut Mejar Qawiyyul, tanpa sengaja menghadirkan bibit cinta pada Mejar Qawiyyul tanpa disedarinya. Namun, mampukah mereka bersatu dan mengali makna CINTA itu dengan sebaiknya apabila masing-masing ego? LIONTIN CINTAKU merungkai kisah cinta mereka...
View All Chapters (Total 12 Chapter)
Update 07 October 2024
2024-09-26 2 Replies
Dia ingat ikat guna tali tp nk ikat jd suami isteri, kn dh jd mcm tebusan >°<.
2024-09-22 1 Replies
Wahh. New baby. Congratulations dear :)