Series
1552
Lima tahun perkahwinan, Nuha El-Zahra percaya kesetiaan cukup untuk mempertahankan segalanya. Dia silap. Seth, suaminya sendiri, meminta izin untuk berkahwin lagi, dengan Farah, sahabat yang paling Nuha percayai. Lebih kejam, wanita itu hamil. Dan pengkhianatan itu bukan sahaja dirahsiakan… malah direstui. “Abang tak pernah berniat menyakitkan awak, Nuha. Ini soal tanggungjawab.” – Seth Qaisar “Mudahnya alasan dari pengkhiatan awak, Seth.” – Nuha El-Zahra Harapan terakhir Nuha musnah apabila dia mengetahui kebenaran paling pahit, Mama Seth sudah lama tahu tentang hubungan itu, malah menyokong perkahwinan tersebut demi zuriat dan nama keluarga. “Redhakan jelah, Nuha. Seth kahwin lagi je, bukan tinggalkan kamu.” Dikhianati sebagai isteri. Dikhianati sebagai sahabat. Dan akhirnya, dikhianati oleh keluarga yang selama ini dia lindungi. Namun Nuha tidak menangis untuk merayu. Dia memilih untuk bertahan. Bukan kerana redha, tetapi kerana setiap pengkhianatan akan ada harganya.
Update 24 December 2025