Bermula dari menggantikan guru mengaji disebuah rumah anak yatim dan asnaf terkenal menjeratnya kearah satu ikatan yang langsung tiada dalam azam tahunannya. Malah untuk terikat dengan mana-mana wanita sebelum dia menamatkan pengajian juga langsung tidak pernah terdetik dalam hatinya. Hanya kerana sebuah fitnah! "Tolong..." -IMAN ZAFIRAH Rayuan wanita itu ditambah pula dengan pujukan Ibunya membuatkan benteng pertahanannya hampir roboh. "Tak ada apa-apa yang saya boleh bagi selain mahar 80 ringgit malaysia." -AIDIL NUFAIL "Tak apa, saya tak kisah! Janji awak sudi tolong selamatkan saya." -IMAN ZAFIRAH Sah, gila! Hilang akal agaknya gadis itu. Macam duduk dalam kelompok komunis pula gayanya mahu acah-acah diselamatkan. Hempuk sekali kang, tahulah! "Ingat Allah nak bagi saja-saja ke Ikhlas tu kalau ayid tak cuba? Isteri tu ayid, tau tak dosa buat macam tu dekat dia?” PUAN JAZLINA Meski permulaan yang perit, tetap ada keindahan yang menanti diakhirnya. Takdir akan berakhir indah jika keikhlasan dalam Menerima menjadi sandaran.
Update 12 February 2024
2024-02-12
Donated 400 nCoins
2024-02-12
Alhamdulillah… tahniah Aien!! Happy ending utk Iman dan Aidil.. sweet sgt.. all the best!
2024-02-12
Alhamdulillah....tamat sudah TAKDIR TERINDAH. Welldone. Happy ending. Suka2.. Terima kasih Aien