Aqeef selalu membuli Damya. Tetapi dia jugalah yang akan memujuknya apabila Damya bersedih. Damya cukup selesa bila bersama dengan Aqeef. Aqeef merupakan orang yang dia rapat selepas ibu ayah dan abangnya. Aqeef dan Damya berkawan rapat dari kecil lagi. Ketika berusia 10 tahun, keluarga Aqeef terpaksa berpindah. Walaupun sedih, Damya akur dengan ketentuan takdir. Sempat Aqeef dan Damya menanam janji sebelum berpisah. "Ingat pada janji kita. Lekatkan janji ini kat hati Mya." – Aqeef "Mya ingat dan Mya akan tunggu Aqeef tunaikan janji. Mya tunggu..." – Damya Beberapa tahun berlalu, akhirnya Damya dipertemukan semula dengan Aqeef. Insan yang dinanti-nanti olehnya kini berada di depannya. Namun... “Awak dah tak ingat saya ke?” – Damya “Siapa kau untuk aku ingat?” – Aqeef Walaupun sikap Aqeef berubah, Damya tidak berputus asa. Demi janji yang tersemat di hatinya, Damya sanggup melakukan apa sahaja untuk menunaikannya.
View All Chapters (Total 53 Chapter)
Update 06 December 2024
2023-11-11
jemput baca karya saya ❤️
2023-09-22
thanks update
2023-08-17
cerita yang bagus