Menanti Restu Langit

Insyirah

Drama Series 10840
4.9
(39 ratings)

Synopsis

-SYED MUHAMMAD AMIR SYAHIR- Perilakunya seindah namanya. Namun sayang, kehidupan Syahir sudah kucar kacir sejak kecil lagi. Kematian ibu dan ayah Syahir yang diakibatkan disihir hingga sisa nafas terakhir oleh bekas teman lelaki ibunya membuatkan hidup Syahir hancur. Dia terpaksa bergantung hidup kepada adik bongsu ayahnya, Uncle Syed Arif Halimi. Uncle Arif sangat menyayangi Syahir seperti anaknya sendiri tetapi isteri dan anak lelaki tunggal Uncle Arif, Aunty Syarifah Raisya Natasha dan Syed Nash Harith sangat membenci dan mencemburui Syahir. Hal itu disebabkan oleh Uncle Arif sangat menyayangi dan memanjakan Syahir dan memberi apa sahaja yang dipinta oleh jejaka itu. Apabila dewasa, dirinya menjadi seorang jejaka tampan yang bekerja sebagai Doktor Bedah di hospital terkenal di Singapura, Hospital Sir Harvard. Dirinya yang menjadi igauan para gadis termasuklah tunang Nash, Harisya Zalifah. Hal itu menambahkan amarah dan dendam yang disimpan Nash terhadap Syahir sejak dulu dan berniat mengganggu keamanan rumah tangga Syahir dan Haziqah Farisya yang baru terbina. Hari demi hari, kebahagiaan rumah tangga mereka mula pudar. Haziqah sering menyalahkan Syahir atas kematian anak mereka, Hashim. Ditambah pula dengan ulah Nash yang kerap mengganggu dan menggoda Haziqah supaya menjadi isterinya dan akhirnya kesetiaan yang Haziqah pasakkan di hatinya buat Syahir luntur jua. "Dengar sini lelaki tak gu**! Kau tak layak jadi suami aku! Miskin, tak berharta, tak mampu nak bagi aku duit. Eiii...layak ke kau ni beristerikan wanita yang cantik bergaya macam aku ni. Ceraikan aku!" -Nur Haziqah Farisha.. Hati Syahir hancur luluh. Dihina dan dicaci oleh insan bernama isteri, siapa yang tak sakit hati. Selepas menceraikan Haziqah, dia kembali menjadi dirinya semula, seorang yang dingin dan tidak berperasaan. Hanya kepada keluarga, sisinya yang hangat ditunjukkan. Namun kehadiran gadis bernama Airin Qalisha memberinya sinar bahagia. Hatinya mulai terbuka buat insan yang bernama Qalisha. Mereka menjalin hubungan cinta dan berakhir di gerbang perkahwinan. Tetapi, sengsara Syahir tidak berakhir di situ. Dia mendapat tahu keluarga isteri tercintanya ada kaitan dengan kematian ibu dan ayahnya. "Syahir, tidak mungkin dia buat macam tu! Kau fitnah dia kan?! Dasar lelaki tak gu**! Aku fikir bila aku terima kau jadi suami aku, kau akan buat sehabis baik untuk buat keluarga aku terima kau, tapi sebaliknya tak! Kau fitnah pulak keluarga aku! Jangan cakap pasal ni lagi! Kalau kau cuba bangkitkan hal ini, kau tahulah apa yang Aku nak buat kat Haikal" - Nor Airin Qalisha. Hari demi hari, Qalisha mula tidak mempercayai Syahir akibat difitnah oleh bekas tunang Syahir, Nazatul. Nazatul kembali dalam hidup Syahir setelah hidupnya dihancurkan oleh bekas teman lelakinya. "Syahir, kembalilah pada I ! Dulu, U dah janji nak sehidup semati dengan I kan! I tetap cintakan U, Syahir" - Puteri Nazatul Ilya. Syahir sudah tidak tahan akan Qalisha yang sering menuduhnya curang. Setiap hari yang dilalui oleh Syahira di rumah itu sungguh menyakitkan jiwa Syahir. Dia menceraikan Qalisha dan membawa anaknya, Syed Muhammad Amar Haikal bersamanya ke Malaysia. "Syahir, tolonglah ikut I! You dah banyak hadap perangai bekas isteri you tu! I akan tolong U! Please, Syahir! I tak nak you terseksa lagi!"- Nur Fatihah Iris "Adakah aku masih harus menanti restu dari langit untuk bahagiaku? Mampukan diri ini mencipta momen yang terindah di dalam hidup? " - Syed Muhammad Amir Syahir.


Share this novel

Rate this story


Comments

D N
2021-07-11  1 Replies

sorry to say lah... ranking 2 but chap 1 aje... no hate, tpi x b'baloi dgn ranking ni... awk ckp kwn ii awk yg donate right? itu readers x kesah pon. tpi ksian la dkt author ii yg penatt kerahkan idea,, tpi rank x naik sbb xde org donate. (x ade kwn ii yg kaya mcm awk) awk sndri yg ckp awk x kaya.. tpi knp awk ade title ' VIP ' tu ya ? jst askin' x prlu nk emo lebih ii

nana T
2021-07-06 

good luck in your spm dik.....all the best ..man jadda wa jadda...

Rahmawati Japar
2021-07-06 

Novel yg terbaik dear. So teruskan karya awak. Semoga d permudahkn Segala urusan. Aamiin ??.

Insyirah

45 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience