Lecturer Itu Duda Aku!

Fahizah_Reena

Romance Series 756783
5
(5640 ratings)

Synopsis

Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Oktober 2022 Ending : 29 December 2022


Share this novel

Rate this story


Comments

Fazilahosman OsmanAli
2024-02-09 

beli kat mana novel ni best

tulip biru
2024-02-07 

berapa rm novel ni

Mrs Latte
2024-02-07  1 Replies

mcm mna nk beli ya

Fahizah_Reena

739 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience