Romantic Stranger : Husband in Disguise

ieyra19

Romance Series 4090
4.9
(9 ratings)

Synopsis

"Sejak dia muncul balik, dia bukan macam diri dia.. Dia bukan suami aku. Dia.. Dia menyamar jadi suami aku. D-dia, dia orang asing. Dia bu-" "Sayang~sayang pergi mana ni? Mari sini dekat abang kejap." Qashrina Arissa tidak dapat menghabiskan butir bicaranya apabila suaminya mula memanggilnya dengan nada begitu menggoda. Air liur likat ditelan paksa, terasa payau dalam kerongkongnya. Dengupan jantungnya berdebar bagai hendak terkeluar daripada tubuhnya. Dia tidak mahu, bersua muka dengan 'suami'nya itu. Bahkan dia yakin bahawa.. Yang duduk bersamanya, yang tidur bersamanya, yang berbicara dengannya adalah.. Orang asing.. Yang menyamar sebagai suaminya.. Qashrina tertanya kemana suaminya yang asal telah pergi? Siapakah identiti sebenarnya orang asing yang menumpang dalam rumahnya ini? Dan.. Apakah yang akan berlaku pada dirinya jika, qashrina merungkai satu demi satu misteri tentang identiti lelaki yang mengakui sebagai suaminya itu? Dylan Lutfi Al-haq, bukanlah suami yang baik, kata katanya kasar dan suka bermegah diri. Bahkan dia adalah manusia paling sombong yang pernah qashrina jumpa. Mereka berjodoh bukan kerana kehendak, tetapi kerana dylan dijadikan kambing hitam atas kesilapan bekas tunangannya dahulu. Kerana terpaksa berganti Dylan Lutfi menyimpan dendam kesumat pada qashrina, menyalahkan segala yang berlaku atas isterinya. Hidup qashrina umpana neraka, terumbang ambing bagai tiada arah tuju.Penyeksaan itu tergendala apabila Dylan terlibat dalam suatu kemalangan dan hilang tanpa khabar berita. Berminggu minggu mencari sekujur tubuh langsung tidak ditemui, tiada langsung sebarang habuk, bahkan secebis tulang tidak bertemu.. Hampir sahaja pasukan penyelamat mahu menamatkan misi pencarian yang tiada hujung cerita, Namun tiba-tiba Dylan lutfi Al-haq muncul tanpa sebarang luka teruk. Bahkan bertambah aneh apabila Dylan Lutfi melayan qashrina cukup romantis, menggoda dan manis sekali tetapi Qashrina tidak tertipu, dia tahu ini bukan suaminya..


Share this novel

Rate this story


Comments

___Rainbow___
2022-12-31  2 Replies

bila nk update dh nk masuk tahun baru nih

___Rainbow___
2022-11-25  1 Replies

Bila nk update sis

Fahizah_Reena
2022-11-08  1 Replies

mana bab baru....lama tunggu

ieyra19

7 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience