Series
0
Revamp Version. Kepulangan Suri Jasmeen ke kampung rupanya menjadi detik penentu bagi pusaka gelap warisan keluarga yang selama ini terpendam. Dia kerap dibayangi halusinasi pelik serta suara ghaib opah yang menyeru namanya. Tanpa Suri sedar susuk tubuhnya diintai oleh entiti penjaga warisan yang haus menuntut ' tuan baru.' Di sebalik persiapannya sebagai model butik pengantin, Suri tidak mengetahui bahawa dirinya itu adalah pewaris darah daging yang paling diburu untuk diserahkan saka tersebut. “Nyawa malam, naikkanlah seri tubuhku... agar setiap mata yang memandang luruh jantung mereka.” Adakah Suri mampu menolak takdir hitam itu atau dia akhirnya menjadi perumah abadi kepada saka warisan keturunan mereka?
Update 26 October 2026