ORANGNYA cantik. Memang cantik. Sekali pandang persis berdarah kacukan walau hakikat gadis yang baru diperkenalkan kepadanya itu berdarah melayu tulen. Agaknya sewaktu si ibu hamil, terlalu mengidam anak secantik bulan purnama penuh. Maka lahirlah si cantik yang kini tersenyum simpul di depan mata. Renungan mata Tengku Hanif tidak ralit pun memerhatikan gadis yang bernama Puteri Farah Muhammad Ikbal. Senyuman juga hanya sedikit terlukis di bibirnya. Mama, Hanif nak keluar kejap, beritahu Tengku Hanif, separuh berbisik. Dia hendak bangun tetapi Sabrina sempat merentap hujung seluarnya. Terduduk dia semula di situ.
Update 06 December 2024
2019-08-28
Bab 41 Ziha kini berada di pejabatnya. Ia duduk di kerusinya. Hatinya kembali tidak tenang. Fikirannya mula terfikirkan kepada ibunya. Jikalah ibunya tahu sahaja masalah yang melanda dalam diri Ziha ini, pasti ia tidak menerima Ziha itu sebagai anaknya. Ziha melihat gambarnya dan ibunya. Gambar itu boleh menyejukkan hati Ziha dikala mengenangkan ibunya yang sudah tiada. Nadi di jantung Ziha kini bergelombang dipenuhi dosa yang tidak ada bandingnya. Hidupnya kacau bila. Pejabat miliknya semakin tidak diurus dengan baik. Tidak lama kemudian, kembarnya ibu Ziha itu datang iaitu Istina. Istina memakai baju kurung di tempat kerja Ziha. Hari ini adalah hari pertama Istina bekerja di pejabat Ziha. “Cik Ziha. Saya kat sini bertugas sebagai ape ye?”. Tanya Istina. “Buat sementara ni kamu saya jadikan pelayan tetamu ye. Kamu jaga kat lobby paling bawah tu. Kalau ade ape-ape kamu jus tekan tombol dekat telfon yang saye da sedia tu ye.”. Arah Ziha. “Baik Cik.”. Istina menerima apa-apa sahaja kerja yang diberi. Dirinya itu sebenarnya bukan berniat untuk bekerja, tetapi ia hanya menjadi perisik kepada Dato Fakhri. “Jangan panggil saya Cik. Panggil je saya Ziha ye. Kamu buat je office ni macam office kamu sendiri ye Kak Istina.”. Ucap Ziha. Istina amat terkejut dengan panggilan kakak dari Ziha itu. Istina semakin curiga kedua anak beranak ini sangat mesra kepadanya. Istina sememangnya tidak tahu apa yang terjadi. Ia juga sama sekali tidak tahu bahawa wajahnya itu mirip kepada ibu Ziha. NAMA IBU ZIHA: Datin Hayazati binti Hammarudin. “Ehh. Jangan macam tu cik. Saya tak biase lah buat macam tu. Saya sedar siapa saya ni.”. Istina mengelak. Apa yang diinginkan Ziha itu tidak ingin ia lakukan. Ia merasakan seperti dirinya mengambil kesempatan dalam kesempitan. “Tak pe ye. Jangan banyak cakap lagi ye. Pegi keje. Saya tak sedap badan sekarang. Kamu tanya Wan mana yang kamu tak tahu. Saya nak rehat.”. Kelihatan Ziha menyembunyikan permasalahan di dirinya itu walaupun berhadapan dengan Istina yang baru pertama kali ditemuinya. “Baik Ziha.”. Istina memangil nama Ziha. Ia akhirnya memanggil nama bosnya itu Ziha. Istina sepertinya tidak ingin mengecewakan Ziha. Ia menyedari Ziha kelihatan pucat di segala wajahnya. Perkara ini akan perlahan-lahan diselidikinya. Ziha terus tersenyum, sebaik sahaja dirinya itu dipanggil “Ziha” ,daripada orang yang sangat miris dengan wajah ibunya. Istina perlahan-lahan keluar di bilik pejabat Ziha. Ia merasakan sesuatu yang terjadi pada diri Ziha ketika itu. Tetapi kerja yang diberi oleh Dato Fakhri itu ditangguhnya dahulu. Ia bergegas ingin menjumpai Wan dahulu mengenai pekerjanya. Beberapa minit kemudian Istinapun terjumpa Wan yang sedang duduk di kerusi diberi oleh Ziha itu. Istina melihat Wan yang tidak berbuat apa-apa pekerjaan. Ia merasa kecurigaan. Tidakkah Ziha memberi pekerjanya kerja. Ia menyedari pekerja Ziha tidak berbuat apa-apa sama sekali dari ia datang lagi. “Hello”. Kendengaran suara Istina itu dari sudut meja wan. “Hello..Arh. Kamu.. kamu da dapat da kerje kat sini.”. Wan membalas sapaan dari Istina itu. Wan masih terkejut sedikit dengan kehadiran Ziha. Sangkanya Ziha tadi. Jika Ziha matilah ia dimarahi. Tetapi buat apa nak dimarah, Ziha memang tidak memberi apa-apa kerjapun kepada pekerjanya. Ini membolehkan pejabatnya lama kelamaan boleh bankrap. “Ahh Wan. Cik Ziha kata tadi, saya sebagai penyambut tetamu. Boleh tak kamu tunjukkan tempat tu kat mana?”. Tanya Istina. “Ohh boleh. Mari. Saya tunjuk.”. Pelawa Wan kepada Istina. Namun hatinya tetap mengingati Hana. Istina mengikut sahaja arah Wan itu pergi dengan membawa beg alasnya itu. Memang sesuai baju kurungnya itu untuk dipakainya. Kerana kebanyakkan yang datang di office Ziha itu dari pelancong. Bolehlah sedikit-sedikit ia memperkenalkan budaya melayu dalam pemakaian. “Ok Istina. Ini tempat kamu ye. Kamu just sambut tetamu je kat sini ye. Pas tu tekan tombol di talifon tu. Pastikan suara kamu itu jelas didengari oleh Cik Ziha. Nanti kalau ada ape-ape masalah just bagi tahu saya je ye. Saya naik dulu ye.”. Tidak beberapa lama kemudian Wan pun perlahan-lahan menuju ke mejanya kembali. Ia yakin bahawa Istina tahu apa yang harus dilakukan. Kini Istina sudah menetapkan posisinya di pejabat Ziha. Namun apakah tindakan yang diambil seterusnya. Ia akan tetap mengatur strategi. Perkara yang dituli di buku catatannya ialah, kebanyakkan pekerja di pejabat Ziha tidak melakukan kerja. Perkara itu harus dicarinya, apakah puncanya. Istina akan mengorek keseluruhannya, sehinggalah jawapannya akan diungkap.
2018-10-18
salam hanah saya cari di sambungang nya hingga ke bab21 tapi tak ada...sedih tak dapat kisah kesudahan nya...Bole di sambung kan cerita ni hingga endin tak di sini...
2017-11-16
best tp bile nk smbg