Tuhan Jadikan Dia Jodohku

Ainul Zaidi

Short Story Completed 1090
5
(1 ratings)

Synopsis

“Mengapa sekarang Fateh? Saya sudah mahu pergi.”  “Saya yakin hari ini hari paling sesuai untuk saya luahkan isi hati. Saya mahu awak tahu keikhlasan saya mencintai dan ingin memiliki awak, supaya awak tahu walau di mana jua awak berada saya setia menunggu awak di sini.” Mataku berkaca mendengarkan kata-katanya itu.  “Yakinkah kita berjodoh Fateh?”  “Saya yakin dengan kemahuan hati saya kerana itu saya berusaha untuk memiliki awak. Kerana itu saya meluahkan perasaan ini. Jika awak belum sudi untuk menerima lamaran saya sekarang ini, saya siap menanti persetujuan awak. Semoga perpisahan ini menjadi hitungan waktu untuk awak berfikir apakah yang terbaik buat awak.”  “Awak tak takut hati saya dicuri yang lain di sana nanti?” Aku menduga hatinya. Kelihatan senyuman tenang terukir manis di bibirnya.  “Bukankah nama saya yang diseru dalam doamu wahai sang kekasih?” OH MY GOD!! Wajahku bagai disimpah sebaldi cili. Merah saga hingga berpijar rasanya. 


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Ainul Zaidi

7 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience