Semalam Yang Hilang

MandakZ

Family Completed 39408
4.7
(62 ratings)

Synopsis

“Mencintaimu disaat hati tulus memaafkan, sesungguhnya itulah bentuk cinta teragung dari sebuah dendam yang terindah.” Zea Kilara kembali untuk menuntaskan sebuah dendam. Dimanipulasi oleh Adeeqa Noah, seorang lelaki yang pernah tersasar jauh ke lautan dosa dan kehilangan seseorang menyebabkan lelaki itu menyimpan dendam dan berniat mahu memusnahkan hidup Zea Kilara. Bersama Adeeqa, Zea mulai menggoda Zyaire Aiden, lelaki paling keji di muka bumi. Dalam perjuangannya, cinta hadir dan hampir merosakkan segala percaturan yang telah dirancang begitu sempurna. Adeeqa mulai berbuat onar demi mengagalkan rancangan dan Zyaire tak putus asa mahu mendapatkan kembali cinta yang pernah dibuang tanpa belas kasihan suatu ketika dahulu. Demi satu nyawa yang menjadi tunjang kekuatan diri, langkah terus diorak meski jalan yang dilalui bersulamkan air mata dan darah. Pencarian yang masih samar, asakan demi asakan yang diterima hampir buat seorang Zea Kilara jatuh terduduk. “Mana anak aku?” Zuri Azlara. “Pergi!! Kau tak layak walaupun hanya berdiri di sisi aku apatah lagi jadi isteri aku!! Bawa bersama anak hasil benih jantan lain dalam perut kau!!” Zyaire Aiden “Pergi mampus dengan anak kau! Jangan sesekali muncul di sini! Aku dan Zyaire bakal berkahwin!” Qiss Khayrani “Han..Mummy nak kau goda dan tidur dengan Zuri! Biar Zyaire tinggalkan perempuan tak sedar diri itu!” Puan Sri Hani. “Keluar dari rumah neraka itu dan lari bersama aku Zuri. Aku cintakan kau!” Luhan Helmi. “Kau jangan kacau Luhan nyah! Luhan aku punya!” Pearl “Are you ready Zea Kilara?” Adeeqa Noah. “Yes Deeqa..Let’s kick some as*sess!” Zea Kilara Mampukah segala persoalan terlerai dan dia bisa mendapatkan semula semalam yang hilang? Atau dia harus memilih untuk memaafkan dan lupakan segalanya?


Share this novel

Rate this story


Comments

Nani Silong
2023-03-29  1 Replies

tq update dear ..sedihnya... finally..

Nani Silong
2023-03-25  1 Replies

sweetnta Adeeqa...klu la dlm real life ada lelaki camtu...huurmmm

Nani Silong
2023-03-25  1 Replies

zea .. pregnant......

MandakZ

965 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience