Zehan dan Yazid bernikah tanpa pengetahuan keluarga mereka. Tak sampai lima bulan hidup sebagai pasangan suami isteri, Yazid dijemput ilahi. Rahsia perkahwinan mereka berdua terbongkar. Zehan pula disahkan hamil. Kerana tidak mahu menjatuhkan reputasi syarikatnya, Tan Sri Bahar menghantar Zehan tinggal di kampung bersama dengan pembantu rumahnya sehingga Zehan selamat bersalin. Di sana, Zehan terpaksa menghadap perangai jengkel Dani, anak saudara pembantu rumahnya. Tiap perkataan yang keluar daripada mulut Dani, semuanya menyakitkan hati Zehan. "Ni aku ada belikan pisang goreng dekat simpang depan tu." "Tadi cakap tak nak belikan." "Kebetulan jer ni. Lagipun makcik tu nak balik. Aku beli jer lah semua." Tak suka tapi ambil masih berat. Itulah Dani. Berbulan-bulan hidup sebumbung membuatkan Dani mula rasa selesa dengan kehadiran Zehan. Zehan taklah teruk seperti yang dia anggap selama ini. Dani mula jatuh sayang pada wanita itu. “Siapa cakap anak kau tak ada ayah? Aku kan ada. Aku boleh jadi ayah pada anak kau.” - Dani - Namun seperti yang dijanjikan, Zehan cuma akan tinggal di situ sehingga dia selamat bersalin. Selepas dia bersalin, dia akan pulang kembali dan meninggalkan Dani. Lalu bagaimana dengan Dani? "Yang berat itu bukan rindu. Tetapi hati yang harus dipaksa untuk menerima kenyataan." - Zehan -
View All Chapters (Total 41 Chapter)
Update 06 March 2023
2022-02-18
hai sis.. Ada x?
2021-11-22
Donated 200 nCoins
2021-11-08
aduh....lagi 2 chapter..coins habis haha..baca komen2 pon dh berbunga hati hehe.. .