ANGKARA DENDAM

SA~

Drama Completed 3522
4
(2 ratings)

Synopsis

SOFEA KHADIJA seorang gadis berperwatakkan agak ganas atau lebih di kenali sebagai tomboy. ZAFRUL HAIDAR merupakan kawan rapat kepada gadis manis itu. Kemana sahaja gadis itu berada, lelaki itu juga akan turut bersama. Disebabkan itu ramai yang berminat untuk mereka berdua menjalinkan hubungan lebih daripada sekadar kawan iaitu sebagai pasangan kekasih. Zafrul telah lama simpan hati pada Khadija. Namun perasaan itu sedaya upaya dia jaga agar tidak diketahui oleh gadis itu bagi menjaga persahabatan antara mereka. Dia menunggu masa yang tepat untuk luahkannya sehinggalah mereka sama-sama tamat belajar. Setelah tamat belajar, Khadija bekerja di sebuah syarikat produk milik SYED FARISH. Saat kali pertama dia bertentang mata dengan gadis itu dalam tempoh tidak sampai seminit, dia pasti hatinya telah dicuri oleh gadis manis itu. Cinta pandang pertama mungkin? Farish berhasrat untuk menyunting Khadija sebagai isterinya. Berita mereka bakal berkahwin diketahui oleh Zafrul setelah dikhabarkan oleh gadis itu. Dia sudah terlambat untuk meluahkan perasaannya kerana mereka bakal berkahwin tidak lama lagi. Dia fikir dia tidak akan dapat lagi bertemu dengan Khadija selepas ini. Namun adik kepada Farish, SHARIFAH FAZLYN telah memberi dia sinar harapan. Fazlyn pernah menyimpan perasaan kepada Zafrul. Perasaannya pernah diluahkan kepada Zafrul tetapi lelaki itu menolak. Zafrul bersetuju untuk menjadi kekasih Fazlyn demi mendekati Khadija. Perkara itu dapat disedari oleh Fazlyn apabila dia melihat hubungan rapat antara mereka. Dia yakin lelaki itu ada perasaan pada Khadija sejak dulu lagi. Patutlah secara tiba-tiba sahaja lelaki itu bersetuju untuk menjadi kekasih dan terus berkahwin dalam masa yang singkat. ANGKARA DENDAM yang melingkar di lubuk hati dia sanggup lakukan apa sahaja demi orang yang dicintai walaupun perkara itu mengkhianati ahli keluarganya sendiri. Dendam bersulam cinta, nyawa menjadi taruhan.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

SA~

44 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience