#UnlockChapter #Romance #Family #Drama Wafa Irdina wanita berkerjaya yang menolak ikatan perkahwinan pada awal usia dan aturan ayahnya. Namun, dia juga seperti wanita lain yang menginginkan hubungan percintaan yang kukuh kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti perkahwinan kedua ibubapanya. Aku bukan bahan eksperimen! Zahin Fakri bukan pak turut tetapi dia percaya ikatan kekeluargaan yang utuh dapat membina hubungan yang erat meskipun dia harus mengorbankan hati dan perasaannya sendiri. Pada saat hatinya baru mula mekar dengan cinta, Wafa Irdina pula terlalu keras hati. Perlukah dia melepaskan atau mengejar sesuatu yang tidak pasti? Haji Maarof mahukan semuanya sempurna maka melepaskan bukan satu-satunya pilihan tetapi dia menjadikan ia suatu pengajaran dalam membentuk keluarga impian. Wafa Irdina telah mencabar keegoannya, anak itu mahukan alir cerita yang berbeza meskipun dia telah membuka jalan yang lebih baik padanya. Haruskah dia yang menjadi protagonis?
Update 06 December 2024
2023-12-20 1 Replies
Donated 400 nCoins
2023-11-25 1 Replies
tahniah karya yang menarik...
2023-11-19
dah habis ya