Ex Boyfriend Itu Suamiku

TintaHitamTanpaArah

Romance Series 166993
5
(1586 ratings)

Synopsis

Sejak 15 tahun lagi mereka telah bersama. Seperti belangkas. Sukar berpisah dan sentiasa ada di samping antara satu sama lain tidak kira susah dan senang. Walaupun mereka tahu mereka tidak boleh bercinta di usia muda, mereka tetap pilih untuk bersama. Sehingga la masing-masing menginjak dewasa. Hubungan cinta rahsia mereka ini tidak ketahuan oleh keluarga masing-masing. 6 tahun berlalu. Anak muda yang kecil sekarang sudah menginjak usia 21 tahun! Apabila Kian Ambrose mula berfikiran mahu memutuskan hubungan, Edira Rosaline tak dapat nak terima keputusan cinta hatinya itu kerana dia terlalu sayang akan Kian. Separuh mati dia mahu bersama Kian. Tapi keputusan nekad Kian buatkan rasa sayang itu bertukar menjadi benci sepenuh hati Adiera. ****************************** "Apa ayah kata?Kahwin?" "Ya...umur kamu sendiri sudah mencecah 26 tahun. Lagipula kamu satu-satunya anak perempuan tunggal kami. Abang-abang kamu sudahpun berkahwin. Untuk itu giliran kamu pula la..." "Tapi Dira tak berminat lagi nak berkahwin...tak boleh ke ayah dengan mama bagi Dira masa lagi?" "Jangan risau sayang. Kami janji selepas kamu berkahwin kamu masih lakukan apa saja yang kamu mahukan." "Memangnya siapa orang yang mama jodohkan dengan Dira ni?Elok tidak orangnya?" "Calon suami kamu merupakan anak lelaki kenalan lama ayah kamu. Mereka sendiri sudah mengenali antara satu sama lain sejak 4 tahun yang lalu. Kebetulan anak lelaki dia sendiri baru sahaja di lantik menjadi CEO syarikat induk mereka. Disebabkan keluarga calon suami kamu risau dengan sikap workaholic anak lelaki mereka, mereka cadangkan perkahwinan ini pada kami." "Siapa nama dia?" "Kian Ambrose. Seusia dengan kamu rasanya..." Seperti ditampar berkali-kali depan muka, mata Dira terbutang kaku mendengar nama itu. "Siapa?"soalnya dengan nada tak percaya. Kalau ingatan dia masih betul, rasanya itu nama bekas teman lelaki dia 5 tahun yang lalu kan?


Share this novel

Rate this story


Comments

Norazyah Hamid
2022-11-30 

menariknya novel ni kian sayangkan edi sampai alahan pembawakan budak pun kian yang dapat . cepat la edi balik tengok kian x terurus sudah

suriazan
2022-11-29 

Rasanya Edi mengandung

Rashidah Ibrahim
2022-11-29 

Best tq update

TintaHitamTanpaArah

705 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience