Series
47062
Update setiap hari (Jam8 pagi) SILA BACA DULU DI SINI UNTUK MENGETAHUI JALAN CERITA. TERIMA KASIH! Bab Awal Kisah ini menggabungkan unsur tragis, komedi, aksi, dan percintaan. Di suatu tempat, berlaku aksi kejar-mengejar yang disertai dengan bunyi tembakan bertalu-talu. Kumpulan mafia dan seorang ketua polis saling memburu antara satu sama lain. Dalam kekecohan itu, seorang wanita melarikan diri sambil mendukung bayinya yang baru lahir. Dia meninggalkan sebuah banglo besar demi menyelamatkan anaknya, yang menjadi sasaran kumpulan mafia kejam. Semua penghuni di dalam banglo tersebut — termasuk pengawal dan pembantu rumah — telah dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Hari demi hari, wanita itu terus melarikan diri dan bersembunyi daripada kejaran mafia. Namun, akhirnya dia sudah tidak tahan lagi. Dalam keadaan letih dan putus asa, dia tiba di New York — jauh dari tempat asalnya di China. Ketika mencari tempat perlindungan, dia ternampak sebuah rumah anak yatim. Hatinya hancur, tetapi dia tahu bahawa terus berlari dan bersembunyi tidak akan menjamin keselamatan anaknya. Dengan linangan air mata, dia meletakkan bayinya — seorang bayi perempuan — di hadapan pintu rumah anak yatim itu. Bayi itu hanya ditinggalkan bersama seutas rantai berbentuk hati dan sepucuk surat. Si ibu meninggalkan tempat itu dan terus melarikan diri. Namun tidak lama kemudian, konco-konco mafia berjaya menjejakinya. Dia ditangkap dan dibawa menghadap ketua mafia. Berkali-kali dia disoal tentang keberadaan bayinya, tetapi dia tetap enggan membuka mulut. Siksaan demi siksaan dikenakan terhadapnya. Akhirnya, demi melindungi rahsia tempat persembunyian anaknya, si ibu memilih untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri. DAN KINI, CERITA PUN BERMULA!
Update 17 May 2025