Hey! Do you love me?

Fatih Tieha

Romance Series 265083
5
(1322 ratings)

Synopsis

Air mata? Cukuplah waktu kecilnya hidupnya penuh dengan drama air mata. Melihat arwah ibunya yang dipinggirkan oleh keluarganya sendiri dan bapanya yang selalu dihina oleh keluarga ibunya kerana bapanya yang hanya bekerja sebagai tukang kebun. Nur Afaf Adlina binti Muhammad Ihsan yang memberi maksud cahaya kesucian keadilan kita, nama yang diberikan oleh ibubapanya merupakan seorang gadis yang bersahaja dan tidak kisah dengan mulut-mulut bawang rangers. Baginya, buat apa dia mengisahkan kata-kata orang. Baik dia jaga hatinya sahaja. Cukuplah dulu waktu kecilnya dia menangis kerana mendengar kata-kata ejekan yang menyakitkan hati. Cukuplah dulu dia menangis melihat betapa peritnya hidup arwah ibu dan bapanya. Bila dirinya sudah dewasa, dirinya mahu kuat. Kuat dari segala segi. Muhammad Eijaz Helmy bin Muhammad Hijazi atau orang kampung memanggilnya Eijaz merupakan seorang jejaka yang kacak, ringan tulang, mesra dan menghormati orang tua. Merupakan calon menantu pilihan setiap mak cik-mak cik yang mempunyai anak dara di kampung itu. Semua kerja dilakukan olehnya. Berkebun, membetulkan paip dan atap rumah orang, cuci pinggan di warong-warong, mengajar budak-budak tuisyen dan mengaji. Pokoknya macam-macam kerja dilakukannya sampai orang tidak tahu apa profesion sebenarnya. Namun, sesuatu telah terjadi antara mereka berdua. Pertemuan semula antara Afaf dan Eijaz telah mendatangkan mimpi ngeri kepada mereka berdua. "Hah! Kahwin!?" Satu perkara yang mereka ingin elakkan namun tidak boleh. Perasaan benci antara mereka membuatkan ikatan suci itu tidak berjalan seperti pasangan yang lain. Saksikanlah kisah klise terpaksa kahwin antara si doremiFaaaasolatido dan si Adjust ini. WARNING : MATURE CONTENT! Publish : June 2023


Share this novel

Rate this story


Comments

Myhoney
2024-03-09 

selesai.. Alhamdulillah

azie_hamid
2024-03-08 

alhamdulillah afaf dan jaz dah berbaik

Fatih Tieha
2024-03-05 

PS : Cerita ini saya unpublished dulu sebb proses editing. Sekian. ☺️

Fatih Tieha

890 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience