Genggam Bahagia

Bunga Dhia

Drama Series 63870
4.9
(55 ratings)

Synopsis

Demi hasrat nak menghalalkan tunangannya, akhirnya dia rela korbankan masanya dengan bekerja dan bekerja tanpa terfikir akan kembali kedaratan. Namun apabila kembali semula kedaratan, apa yang dia nampak adalah pengkhianatan sidia pada dirinya. “ Sampai hati awak duakan saya. Saya percaya dengan awak. Saya sanggup banting tulang siang malam, redah ribut ditengah laut tu, Ni yang saya dapat? Kenapa awak sanggup khianati kepercayaan saya pada awak. ” - Aziz Arshaan. Berpuluh kali si tunang meminta kemaafan dan berjanji akan tidak mengulanginya lagi, namun bagi Aziz, sekali cintanya dikhianati takkan ada peluang kedua untuk si dia. “ Saya cabar awak, awak carilah perempuan yang sanggup hidup berjauhan dengan awak. Tahan dengan keras kepala dan ego awak tu. - Dahlia Eliza. Kerana dia dicabar, Akhirnya dia dipertemukan dengan seseorang yang sesuai untuk dijadikan eksperimen nya. Dia ingin melihat sejauh mana perempuan itu tahan dengan apa yang dikatakan Dahlia. “ Apa salah saya kat awak. Awak jadikan saya bahan uji kaji awak? Selepas saya serahkan seluruh kepercayaan saya, saya percaya awak cintakan saya. Ni yang awak beri pada Saya? Terima kasih sangat-sangat. ” - Inaara Umayrah. Kerana kesilapannya, si isteri membawa hati yang luka. Cintanya pernah dikhianati oleh orang yang dia cintai, dan kini dia menjadi pengkhianat cinta perempuan yang bergelar isteri. Bertemu selepas 4 tahun menghilang. Apa yang dilihatnya kini, membuatkan  hati lelakinya terluka. Luka atas perbuatannya sendiri. “ Maafkan Abang. Abang tahu Abang silap. Berikan Abang satu peluang untuk menebus dosa Abang. Berilah Abang peluang untuk menjaga Sayang dan Ayaash. ” - Aziz Arshaan Mampukah dia mendapatkan semula cinta Inaara Umayrah? Akankah mereka kembali bersama semula atau sebaliknya.


Share this novel

Rate this story


Comments

Zahra haniffa
2024-04-14 

lah dah unlock....dari chapter 64 tgg..eeeeehhhhhh lps raya buka dah ganti unlock....best lah author ni...

arizah hashim
2024-02-28  2 Replies

saya dah top up ncoin. tp bila nak unlock chapter, dikatakan ncoin tak cukup dan disuruh top up lg. bkn novel ni saja. novel lain pun sama. tak dapat unlock. kenapa ek. camana nak buat tuu

arizah hashim
2024-02-28  2 Replies

saya dah top up ncoin. tp bila nak unlock chapter, dikatakan ncoin tak cukup dan disuruh top up lg. bkn novel ni saja. novel lain pun sama. tak dapat unlock. kenapa ek. camana nak buat tuu

Bunga Dhia

905 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience