Tidak tercatat di dalam sejarah. Begitulah kisah Puteri Lela Sari. Kejadiannya semasa agama Islam berkembang dan meluaskan pengaruhnya di perairan gugusan pulau-pulau Melayu. Di pinggir dunia nan silam ini, seorang tuan puteri bernama Lela Sari telah membuka suatu riwayat yang cemerlang dengan pengembaraan purbawara yang menggunung tinggi dengan drama dan pertarungan. Rangkai demi rangkai kisahnya ini mula tersurat.
Update 06 December 2024