PS Love Is You

syahdu olva

Romance Series 36616
5
(46 ratings)

Synopsis

Assalamualaikum warga NP... Kepada pembaca yang berkelapang, nak feeling-feeling bercuti di pulau, bersantai ditiup angin bayu, jemput baca novel terbaru saya. Title: PS Love Is You “Apa lagi saya nak buat. Bercinta dengan alam semula jadi sepuas-puasnya selagi ada peluang.” Itulah Ridduan Mooray. Bukan setakat budi bicara cukup gentle voice dan ramah tanpa mengira tahap batasan umur mahupun serendah-rendah pangkat, permurahnya dia memberi tip berlebih-lebihan. Kerana dia seluruh staf di hotel bermake-up mahu kelihatan cantik di hadapan makhluk paling kacak berwajah darah campuran hingga mereka gelar pada si gadis yang berjaya memenangi hati Ridduan Mooray sebagai Best Woman Win. Berdirinya Ridduan di bibir pantai, sambil tangan mendepa ke udara menikmati angin pagi memeluk tubuh dan menghirup udara segar dapat mendamaikan jiwa. Elok saujana mata terpandang gadis berbaju putih membongkokkan badan, tangan bermain pasir. Rambut panjang ikal mayang menutup sisi wajah. Elok saja rambut terselit ke celah telinga, sejuk beku seluruh tubuh Ridduan. "Puteri bunian!" - Ridduan Mooray Itulah Laluna Maliqa. Dia datang ke pulau itu untuk lari dari masalah yang melemaskan, kesesakan Kuala Lumpur dan Aman Fahin. Tapi kerana cincin, dia sanggup mati lemas. Mujur muncul makhluk paling kacak pantas bertindak menarik Laluna ke permukaan dan membuat hembusan cinta dengan satu harapan moga nyawa itu bersatu badan. 'Muka sudah pucat lesi pula tak boleh bernafas diserang panik. Please... jangan mati! Breathe... Breathe... Please... Breathe!!!' Sejak Ridduan bertemu puteri buniannya, ada saja idea pencetus punca untuk dia mendekati Laluna sekali gus mencari sesuatu yang misteri terjadi pada dirinya. “Listen... saya tak kenal awak dan saya tak mahu dinner dengan awak. It’s that clear?” - Laluna Maliqa “Saya Ridduan Mooray dan awak Laluna Maliqa. So awak dah pun kenal saya dan awak boleh dinner dengan saya.” -Ridduan Mooray “Itu bukan caranya. I’m sorry.” - Laluna Maliqa Bagi Laluna yang menganggap Ridduan muncul bagaikan jembalang tiba-tiba hanya penyumbang masalah dalam hidupnya tanpa tahu siapa sebenar Ridduan Mooray pada harga nyawanya. by Syahdu Olva Pada yang ingin mengetahui update terbaru dari Syahdu Olva boleh follow IG dan FB Syahdu Olva. Support pembaca-pembaca kesayangan saya tanda kasih sayang amatlah dihargai dengan beribu flying kiss... Start published: 31/05/2022 Complete:


Share this novel

Rate this story


Comments

Siti
2023-01-31  2 Replies

sedihnya belum habis baca expired cinta dah hilang..cedih

PinkRose
2022-09-29  1 Replies

done reading. kumahu hanya kamu Mr. Jembalangku... eh, tiber

Arra faera
2022-09-22  1 Replies

Nice story.. Bila nak update lagi?

syahdu olva

610 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience