kisah fanfiction tentang 3 panglima yg menuntut keadilan. watak watak yg di gunakan adalah milik Animonsta studio. saya hanya pinjam dan olah kan nya mengikut imaginasi. 3 orang panglima besar yang mengabdi di bawah pemerintahan seorang raja zalim. dua di antara mereka lalu di hukum tanpa membuat kesalahan. di buang dari negeri dan di lucut jawatan panglima. dalam pengembaraan nya, mereka lalu berjumpa dengan empat lagi rakan. berguru dan kemudian nya menuntut keadilan sama sama. kisah ini juga di selingi dengan kisah percintaan yang akan menambah manis jalan cerita. PENGENALAN WATAK-WATAK! Ini merupakan fanfic pertama author pinkrose bergenre lagenda. Terinspirasi dari kisah pahlawan melayu Hang Tuah, Hang Jebat, lekir, lekiu, kasturi dan sebagainya. Watak watak utama adalah watak yang korang kenal, dengan kuasa nya sekali. Adajuga watak tambahan turut mewarnai jalan cerita. Berbeza disini mungkin perbualan lebih menggunakan bahasa baku melayu sebenar. Kisah 3orang panglima kebanggaan kerajaan Beringin Rindang. Satu kejadian telah membuatkan sang raja murka lalu menghalau ketiga tiga panglima tersebut dari negeri. Sehingalah mereka berguru dengan penguasa kuasa kuasa elemental, bagi menuntut keadilan. Disitu juga mereka bertemu dengan 4pendekar lain nya. Hang Gempa. Pendekar silat tersohor. Memegang jawatan panglima, tangan kanan kepada tuanku baginda Manik Arum. Berperwatakan baik, rupawan, sopan santun bila bertutur kata, kepercayaan tuanku baginda. Hebat bila berlawan, taat dan setia, antara pendekar terkuat di dalam negeri. Lebih mengutamakan keselamatan orang lain berbanding diri nya sendiri. Hang Halilintar (hali) Memegang jawatan panglima. Bersifat dingin, berbicara bila perlu sahaja. Tangkas dalam berlawan. Kepercayaan tuanku baginda. Tidak suka membuang masa bila berlawan. Berperwatakan rupawan, antara pahlawan kebangaan seluruh negeri. Hang Taufan. Berperwatakan ceria, rupawan, murah senyum dan rajin bertegur sapa dengan rakyat jelata. Memegang jawatan panglima, kepercayaan tuanku baginda. Antara kebanggaan seluruh negeri, kerana tidak segan silu untuk turun padang apabila rakyat dalam kesusahan. Dalam pengembaraan, mereka akan berjumpa dengan sahabat baru. Blaze, Ais, Duri dan Solar Watak tambahan: Puteri Cempaka Sari. Cantik, cerdik, dan agak gedik. Baginda Manik Arum. Raja yang berwibawa, tapi sedikit tamak haloba. Apalagi bila melihat wanita cantik. Puspa wangi. Gadis desa yang cantik, pandai berlawan, anak kepada Hang Kasa Watak guru: Hang Kasa. Lelaki tua yang sedikit nyanyok, pandai berjenaka, walaupun kadang kadang sedikit hambar. memiliki kuasa Tanah Satriantar: Seorang wanita yang tegas. Jarang senyum, tidak teragak agak dalam berlawan. Memiliki kuasa petir. Kuputeri: Pendekar wanita yang anggun. Ceria dan murah senyum, namun serius dalam berlawan. Memiliki kuasa angin Panglima Pairapi: Memiliki kuasa api Masmawais: Menguasi kuasa air dan ais Kingbalakung: Kuasa alam sekitar. Mampu membina hutan belantara dalam sekelip mata. Retak'ka gamma: Kuasa surya atau matahari. Watak jahat: Pangeran Adudu beserta balaci nya, probo. Dalam kisah ni, akan di gunakan sedikit bahasa baku yang di selingi dengan bahasa pasaran. *boring pulak kalau full bahasa baku* Ok, dah sedia belum? Kalau dah, jom, cekidot..!! ??
Update 06 December 2024