Completed
165713
Kisah silam yang cuba dilupakan kini menjadi bayangan yang sentiasa mengekorinya walaupun Mya pulang ke tanah air untuk memulakan hidup baru. Salam perkenalan daripada lelaki yang bernama Eddy dipandang sepi kerana latar belakang lelaki itu mengingatkan Mya siapa dirinya. “Kali pertama, orang cakap kebetulan. Kali kedua, mungkin tak sengaja. Kali ketiga, jodoh. Tapi kalau berkali-kali, bukan ke maknanya takdir?” – Eddy – “I want my life back, Eddy. That’s why I came here. To keep finding myself. Dan I dah jumpa, di sini.. sampailah you muncul. Somehow, I tak tahu apa yang you mahukan daripada I tapi apa yang I tahu, kita tak seharusnya berjumpa. It just a dream” – Mya – “If every time I look at you. I fall in love all over again, does it still a dream?” – Eddy – Tembok yang dibina runtuh sedikit demi sedikit dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Eddy menyebabkan Mya menerima cinta luhur itu walaupun mendapat tentangan daripada orang di sekeliling lelaki itu. Hubungan yang dibina sejak di kampus membawa ke jinjang pelamin. Namun, bahagia yang diharapkan kekal berpanjangan mula dilanda badai hanya kerana satu rahsia. Rahsia yang Mya harapkan telah terkubur kerana ditenggelami oleh lautan cinta mereka berdua tetapi Mya lupa, langit tidak selalunya cerah. “I ingatkan…cinta saja sudah cukup untuk mengatasi segala-galanya” – Mya – “Perkahwinan tanpa kejujuran? Ini lah dosa yang you perlu tanggung!” – Eddy – “Bagaimana pula perkahwinan tanpa kepercayaan?” – Mya – Persoalan demi persoalan yang bakal terjawab dalam novel ‘Sesalan Cinta’.
Update 06 December 2024