Series
2380
Dengan tiba-tiba Jasleena terlanggar seseorang yang bertubuh sasa. “Oh mak kau!” Jasleena melatah kerana terkejut. Buku yang dipegangnya habis terjatuh di atas lantai. Dengan kalut dia cuba mengutip buku-bukunya. Jejaka tersebut turut sama menolong mengutip buku Jasleena yang jatuh. Tiba-tiba tangan mereka menyentuh buku yang sama. Mata Jasleena bertaut dengan jejaka itu. Seperti adegan cerita Hindustan gamaknya. Cuma tiada lagu background. Dahlah Jasleena sudah lambat, boleh pula dia membuat adegan cerita Hindi di situ. Jasleena kembali mengutip buku-bukunya dan terus berjalan menuju ke kelas meninggalkan jejaka tersebut tanpa mengucapkan sorry apatah lagi thank you. Jejaka tersebut mengejar dan menggapai tangan Jasleena. “Dahlah tak mintak maaf, thank you pun takde. Ni sudah lebih” Jejaka itu bersuara. Tercalar egonya dengan perlakuan Jasleena. “Ehhh! You yang lebih. Berani you pegang I ye?” Jasleena menjerit. Dia cuba menarik tangannya dari pegangan jejaka itu. Tetapi pegangan jejaka itu sungguh kuat. Pangg!!! Sebelah lagi tangan Jasleena mendarat di pipi jejaka tersebut. Memang kuat tamparan maut Jasleena. Sehingga terkasima jejaka tersebut. Dia tidak menjangka wanita jelita di depannya akan menampar pipinya. Jasleena sekali lagi cuba menarik tangannya. Berjaya. Tidak sia-sia tamparan maut yang diberikan terhadap jejaka itu. “Itulah balasan Si Pitung. Berani sungguh pegang anak dara orang,” bebel Jasleena. Dengan tanpa rasa bersalah dia terus berlalu pergi ke kelas meninggalkan jejaka tersebut terpinga-pinga sambil memegang pipinya yang kemerahan. “Siaplah kau perempuan. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing. Berani dia tampar anak Dato’ Ghazali.” Jejaka tersebut bermonolog sambil mengepal-ngepalkan penumbuknya.
Update 06 December 2024