“Kalau benar Welson mencintai Yam, kenapa dia tidak pernah cuba untuk menemui Yam di sini? Agaknya dalam diam, dia dah ada buah hati yang lain.” - Dayang “ Dengar cerita Welson bercinta dengan Marsya. Alaaa.. Junior kita di sekolah dulu, yang matanya sepet.” – Kasmah “Pilihlah pasangan yang faham dan tahu tentang agama.” – Ayah Luruh hati dengan keputusan keliru yang telah dibuat. Dengan cemburuku berkata, Welson adalah pengkhianat cinta. Dengan rajukku merasakan Welson telah membiarkan cintaku terbiar sepi. Ngilu terasa seperti selumbar tertusuk di urat nadi. Aku lepaskan satu-satunya orang yang sangat aku cintai dan kini mula terasa meratah hati sendiri. Benarkah kawan kata, sekiranya cintanya tulus dia akan cari semula. Dan aku menunggu sambil memikul kesal di bahu.
View All Chapters (Total 55 Chapter)
Update 09 February 2023
2023-03-05 1 Replies
Donated 200 nCoins
2023-02-10 1 Replies
Novel yang terbaik..(LM)baru ada masa nak baca..Dan tq so much dah donate Dan sudi baca novel cahaya yang tak seberapa (takdir yang ku pilih)
2022-12-04
Ceritanya best... smg dprmudahkan urusan deejakayla:)