" Terima kasih sebab dah menghancurkan istana yang kita berdua bina bersama selama 6 tahun Raisa Helena " - AQEEF MALEEQ - " Saya tak pernah rasa bahagia apabila bersama dengan Aqeef.. " - RAISA HELENA - " Aku harap kau akan rasakan kesakitan yang mendalam, seiring dengan kesakitan yang kau pernah buat dalam hidup aku Aqeef! " - HAIYAN ZAHREEN - DENDAM. Kerana dendam yang terlalu mendalam terhadap Aqeef Maleeq membuatkan Haiyan Zahreen bertekad untuk menghancurkan hubungan lelaki itu bersama isterinya. Bagi Haiyan selagi dia tidak dapat membalas dendam pada lelaki itu kerana lelaki itulah hidupnya merana akibat perbuatan jahat Aqeef pada masa lalu. Dia berjanji, yang dia akan menghancurkan hidup lelaki itu sepertimana lelaki itu menghancurkan hidupnya dahulu. Iaitu dengan membuatkan lelaki itu kehilangan orang yang dicintai. Iaitu dengan mendekati Raisa Helena... Rancangannya untuk mendekati isteri kepada lelaki itu berjalan dengan lancar, apabila Raisa turut membalas cintanya itu. Semuanya menjadi mudah, kerana sikap Aqeef yang hanya memikirkan pekerjaan sehingga mengabaikan Raisa, dan membuatkan Raisa berasa terpinggir. Raisa mula menjalinkan hubungan bersama Haiyan, kerana baginya lelaki itu telah memberikan sinar bahagia yang dia tidak pernah rasa apabila bersama Aqeef. Raisa merasakan dirinya itu dihargai dan cintai dengan ikhlas. Namun semuanya terbongkar, hubungan sulit antara Raisa dan Haiyan turut mendapat tamparan hebat dari lelaki yang bergelar suami itu. Rumah tangga itu semakin bertambah goyah apabila, Aqeef masih tidak lagi dapat melupakan teman wanitanya itu. Nama Kaela Adeena adalah satu nama yang selalu disebut oleh lelaki itu. " Raisa Helena binti Kamarul aku ceraikan kau dengan talak 1! berambus kau dari hidup aku! " Aqeef. Bagaikan hendak terberhenti jantungnya saat ini apabila mendengar lafaz cerai yang dibuat oleh suaminya itu. Kerana terlalu ikutkan perasaan dan nafsunya itu membuatkan semuanya HANCUR dalam sekelip mata. " Sorry for failing to be a good wife for you " Raisa. " Mungkin ini adalah balasan dari Tuhan, atas apa yang aku lakukan pada kau, Haiyan " Aqeef. Adakah Dendam Haiyan terhadap lelaki itu akan terbalas? Dan bagaimanakah? hubungan antara Raisa dan Aqeef, mampukah hubungan mereka teguh walaupun ada angin yang cuba menghancurkan hubungan mereka? Dan benarkah curang adalah satu pilihan? dan bukannya takdir? Dan mampukah dendam api yang membara itu dapat dipadamkan? Atau dendam api yang membara itu akan membakar tubuhnya sendiri? " Aku takkan rasa puas selagi kau tak melutut dekat kaki aku, macam mana kau buat pada aku dulu Aqeef Maleeq! " Haiyan. " I atau Raisa? Choose now! Orang yang khianati cinta you atau orang yang sentiasa ada untuk you Aqeef Maleeq! " Adeena. " It's over now, kisah kita berdua tamat disini " Aqeef. " You closed the book, before i even finished writing " Raisa. " Tiada orang yang sempurna dalam hidup ni, dia akan jadi sempurna bila kau yang menyempurnakan kekurangan dia.. " Syarina.
View All Chapters (Total 25 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-06-24 1 Replies
tq update. lama dah tggu hehehe...
2024-06-24 1 Replies
chapter 21 and 22 sama ?
2024-06-24 2 Replies
bab 21 dan 22 same story ya?