Series
9
Bagi Stella Bryan, hidup tidak pernah memerlukan ruang untuk rasa romantis atau emosi yang sia-sia. Dibesarkan dengan disiplin ketat oleh datuknya yang merupakan bekas tentera, dia melihat dunia secara logik. Jadi, apabila keluarganya menetapkan perkahwinannya dengan Lucas, seorang ketua pegawai eksekutif berstatus duda yang berhati dingin, Stella menerimanya tanpa bantahan. Baginya, ia sekadar perjanjian kontrak sah di sisi undang-undang. Titik. Namun, pertemuan pertama mereka di sebuah butik mewah mengubah segalanya. Tanpa menyedari siapa lelaki di hadapannya, Stella dengan bersahaja menghiris ego Lucas melalui kata-kata sinis dan pandangan kosong yang menyakitkan hati. Lebih melucukan, Lucas sendiri terperangkap dalam permainan emosinya sendiri apabila dia sengaja menyarungkan cincin perkahwinan pada jari Stella semata-mata untuk menguji wanita itu, tanpa pernah tahu bahawa wanita di hadapannya itulah bakal isterinya yang sah. "Awak mungkin ada tabiat suka menyalak, tapi saya ada tabiat suka menggigit. Dan orang tak akan pernah lupa rasanya kena gigit dengan saya." — Stella Bryan. Pertemuan demi pertemuan membawa mereka ke dalam lingkaran perbualan di kedai kopi yang penuh teka-teki, hujah saintifik yang memeningkan kepala, dan kejutan demi kejutan yang meranapkan tembok pertahanan Lucas. Apabila masa lalu Lucas mula menghantui dan Stella pula kekal dengan dunianya yang tiada istilah "cinta", mampukah takdir menyatukan dua jiwa yang begitu berbeza ini? Atau adakah ikatan yang bermula sebagai paksaan ini akhirnya hanya meninggalkan mereka sebagai orang asing yang selamanya terasing?
Update 12 September 2026