Suamiku Bukan Lelaki Biasa

NovelPlus

Romance Series 193
0
(0 ratings)

Synopsis

Selama tiga tahun Emir hidup sebagai suami tanpa suara, dihina, diperbodohkan, dan diperlakukan seperti pekerja dalam rumah tangga sendiri. Di mata Maya Eden, Emir Riyza hanyalah lelaki gagal yang tidak layak berdiri di sebelahnya. Namun pada satu petang, ketika Maya buntu memikirkan syarikatnya yang kekurangan dana, Emir bersuara perlahan, “Maya, syarikat kau kurang 2.5 juta, kan? Kalau… aku cuba tolong selesaikan masalah tu?” - Emir Riyza Zara, kawan baik Maya, ketawa terbahak-bahak. Baginya, Emir cuma mimpi di siang hari, lelaki yang tak sedar diri. Maya senyum sinis. “Sudahlah, Emir. Jangan rosakkan mood aku. Pergi dari sini.” - Maya Eden Mereka tak tahu, lelaki yang mereka hina itu memiliki kekayaan yang melebihi daripada keluarga mereka. Dan mereka langsung tak tahu, dunia Emir sedang berubah, perlahan-lahan akan menggegarkan hidup mereka nanti. Kerana di hari Maya melambaikan tangan menghalau Emir, adalah hari yang sama Emir sedar, masa dia dipijak sudah tamat.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

NovelPlus

3721 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience