Series
80
SINOPSIS RASMI “Lingkaran Darah: Sisa Kuasa & Dosa” Di sebalik wajah kota Indra Politan yang megah, tersembunyi lorong-lorong gelap yang dihuni rahsia, dendam, dan darah yang mengalir tanpa belas. Kematian dua figura penting—Kaja, seorang ahli kongsi gelap, dan Razif, seorang anggota polis—menggemparkan negara dan menjadi titik mula kepada kebangkitan sebuah entiti bawah tanah paling kejam: Lingkaran Darah. Dipimpin oleh Deruma, dengan barisan kanan tangan yang setia dan berbahaya seperti Bront, Malik, Luka, dan Poji, organisasi ini tidak lagi beroperasi dalam senyap. Mereka kini menjual kekuatan mereka ke serata dunia—dari perlindungan penjenayah antarabangsa hingga operasi gelap rentas benua. Nama mereka menjadi bisikan takut dalam komuniti gelap, dan idola baharu dalam kalangan generasi muda yang sesat arah. Dalam kekecohan yang melanda, masyarakat mula terbelah. Yang trauma, dihumban ke hospital mental. Yang terpesona, menjadi pengikut baru. Dunia luar mula menghidu gerakan mereka—tetapi semuanya sudah terlambat. Namun, di sebalik semua kekuasaan itu, masih ada satu rahsia yang tidak terjawab. Dalam babak terakhir, skrin telefon Bront terpampang — sedang berbual lebih 10 minit dengan isteri arwah Razif. Isyarat jelas bahawa masih ada sesuatu yang belum selesai. Kata terakhir Razif pada isterinya dulu: "Jangan percaya Bront." Apa yang mereka bincangkan? Siapa sebenarnya yang mengkhianati siapa? Dan... siapa yang masih hidup dalam bayang-bayang? “Lingkaran Darah” bukan sekadar cerita kejahatan... ia adalah warisan luka yang dipelihara dalam diam, dan kuasa yang dijaga dengan darah.”
Update 15 April 2025