Series
460
Irdina Sofea, seorang gadis desa yang sederhana, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana satu lelongan eksklusif. Demi menyelamatkan keluarganya dari kesusahan, dia bersetuju menerima tawaran bekerja daripada seorang wanita dalam lingkungan 40-an tanpa mengetahui bahawa dirinya telah ditipu untuk bekerja sebagai "pembantu hotel" sehingga dirinya akan menjadi bidaan tertinggi seorang lelaki misteri. Tengku Aariz Mateen, pewaris takhta yang dingin dan penuh rahsia, muncul sebagai pembida tertinggi. Namun, bidaannya bukan sekadar untuk memiliki Irdina, tetapi untuk sesuatu yang lebih mendalam—sesuatu yang hanya dia sendiri tahu. Di antara jurang status dan perasaan yang tidak terduga, mampukah Irdina menolak takdir yang sudah tertulis? Atau adakah dia akan menjadi milik lelaki yang paling berkuasa dalam hidupnya?
Update 07 June 2025