Sinopsis "Faiq ,datang sini cepat!!!" Itulah kehidupan seharian seorang remaja bernama Faiq Furqan di Sekolah.Dalam satu hari ada sahaja masalah ditimbulkan dan sering sahaja mendatangkan kemarahan semua guru di sekolah. Faiq seorang pelajar yang boleh dikatakan amat dikenali dalam sekolah. Kerana apa? Bukan sebab kecermelangan akademik tetapi sebagai pelajar paling bermasalah dan paling tumpuan mane-mane guru terutama sekali Cikgu Arshad,guru disiplin di sekolah itu. Sudah seringkali Faiq dinasihati guru dan sahabatnya tetapi kedegilannya seakan-akan tidak menemui jalan yang lurus. Apabila ego bertemu ego begitulah kesudahannya. Perlakuan Faiq Furqan ini semakin mengganas berapi-api,mencipta kemusnahan di bumi sendiri pijak setelah diri binasa dengan aktiviti haram. Kehidupannya sudah sampai kemuncak hancur terjerat dalam perangkap sendiri cipta dan pada masa yang sama pengetua dan guru kaunseling berada di perangkap tersebut. Namun segala-segalanya tampak tenang bagi Faiq bila munculnya "orang LAMA" yang menginsafkannya atas sejarah silam yang diungkiti sekeliling manusia yang suka buat kerja TUHAN,suka judge sana sini. Inilah ERTI SEBENAR KEHIDUPAN di bumi .
Update 07 May 2025