Jodoh Hari Raya

Cik Nurul

Short Story Series 12585
5
(7 ratings)

Synopsis

Tindakan berani mati Adinda lari dari rumah buatkan semua orang gelisah. Tambahan lagi bulan Ramadhan yang masih berbaki beberapa minggu sebelum syawal tiba. "Kau ingat aku tak laku sangat? Tunggu aku bawak suami aku jumpa kau pagi raya! Kalau aku tak bawak suami aku datang sini, jangan panggil aku Adinda Cendana! Jantan tak guna!" - Adinda Cendana. Kekasih hati yang kononnya mengaku cintakan dia dah kahwin sebab kena tangkap basah! Adinda yang sakit hati, terus lari dari rumah! "Kau kalau rasa tak reti bawak kereta...jangan bawak! Ni sampai jatuh dalam parit besar, kau seronok susahkan orang?!" - Al Fateh Pertemuan pertama Adinda dengan lelaki mekanik itu sudah menjadi titik kebencian dalam diri. Sudahlah comot, mulut pulak celupar mengalahkan orang perempuan! Eyy, tak sukalah! "Kau lari dari rumah?!" - Al Fateh Sudah jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja kereta yang rosak, habis semua dompet dia kena curi. Habistu rancangan nak lari bawak diri macam mana?! "Ikut aku balik atau aku jual kau dekat golok!" Belum sempat dia mengadakan sesi 'luah' perasaan, lelaki itu sudah mengheret dirinya pulang ke kampung. Semua sebab Al Fateh tu kawan baik abang dia! Kebetulan apa ni?! Habislah keputusan berani mati dia! Nak tanggung malu lagi! Kempunan lah dia nak show off suami masa hari raya nanti! SALAM RAMADHAN 2025 Hapuskan dendam. Bersihkan hati. Luruskan niat. Selamat menunaikan ibadah puasa. (KHAS UNTUK RAMADHAN SAHAJA)


Share this novel

Rate this story


Comments

Azimar Ahmad
2025-03-20 

kahwinkan aje abi..senang hati ummi Kalsom tu..

shasya
2025-03-20  1 Replies

Adinda x blh nk lari lg dh

azie_hamid
2025-03-20  1 Replies

adinda dah kenal siapa fateh sebab dah buang jambang hensem oooo

Cik Nurul

1134 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience