Kerana pernah ditipu oleh bekas kekasihnya, Ilham telah menganggap semua wanita adalah sama. Sehinggakan sahabat baik adik perempuannya iaitu Irdina, juga turut dibencinya. Bagi Ilham, Irdina hanya mahu menumpang kesenangan dalam keluarganya. Lebih-lebih lagi, Irdina diambil sebagai anak angkat, setelah ibu bapanya meninggal dunia. Disebabkan dia tidak mahu melihat wajah Irdina di rumahnya, Ilham telah membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya ke Jerman. Tujuh tahun Ilham membawa dirinya ke sana. Sekembalinya Ilham ke Malaysia, dia bertemu semula dengan Irdina. Entah bagaimana, hatinya terpaut pada Irdina, walaupun sebelum ini dia pernah membenci wanita itu. Tetapi apakan daya, Irdina sudah pun mempunyai pilihan hati. Iaitu Effendi. Tetapi siapa sangka, Effendi sebenarnya mempunyai satu rahsia, yang tidak diketahui oleh Irdina. “Yela aku memanglah lelaki. Takkan pondan kut? Aku cuma nak pesan je. Aku tahulah lelaki ni macam mana. Fendi tu? Entahlah, tak berkenan pula aku tengok dia. Macam dah tak ada lelaki lain yang kau nak buat suami.” - Ilham. “Apa masalah Abang Am ni? Bukan ni ke yang Abang Am nak? Abang Am nak Dina keluar cepat dari rumah ni kan?” - Irdina. Apakah yang akan terjadi? Masih ada harapankah untuk Ilham bersama dengan Irdina?
Update 20 December 2024
2024-12-17
best la cite ni...Masih Sama LG ke yg lama? or Ada penambahan Bab?
2024-12-12
Masih sama ke versi yang ni dgn yang lama?
2024-12-04
lepas ni,Nureen pulak bikin kita sakit hati...