MR CEO, JANGAN SENTUH KUCING SAYA!

Erna Md Nordin

Romance Series 4779
0
(0 ratings)

Synopsis

Riz Adrian, seorang CEO muda berasal dari keluarga kaya raya mengambil keputusan untuk berpindah ke kejiranan baharu yang tenang selepas bosan dengan kehidupan hiruk-pikuk bandar. Namun dia sering bertelagah dengan jirannya, Inka Christie seorang gadis cantik berketerampilan sederhana. Seorang gadis penjual bunga dan merupakan pencinta haiwan. Inka Christie yang memiliki seekor kucing comel diberi nama Snowball, sering menceroboh kediaman Riz Adrian, sekaligus memberikan tekanan kepada jejaka itu kerana alahannya terhadap haiwan berbulu. Pelbagai insiden lucu atas pertelagahan mereka berdua akhirnya menimbulkan bait-bait cinta kepada Riz Adrian walau di luar jangkauannya. Datin Sri Ruhil Amani, ibu kepada Riz Adrian yang menginginkan menantu segera menambahkan lagi kebingungan Riz Adrian. Datin Sri Ruhil Amani berjumpa untuk pertama kalinya dengan Inka Christie bersama Snowball dalam perjumpaan yang tak dirancang, membuatkan beliau terus tertawan dengan Inka Christie yang menyantuni Snowball dengan lemah lembut. Dek kerana kecomelan Snowball, Datin Sri Ruhil Amani terus menjodohkan anak bujangnya ini dengan Inka Christie. Pada mulanya, Riz Adrian menolak keras cadangan perjodohan mereka hanya atas satu sebab iaitu alahannya terhadap haiwan berbulu seperti Snowball. Namun desakkan Datin Sri Ruhil Amani akhirnya menggugah sekeping hati milik Riz Adrian, seorang CEO yang mempunyai hati yang sangat dingin dan keras. "Kau nak jadi anak derhaka ke Riz? Nak lawan cakap Mummy?" ~Datin Sri Ruhil Amani "Bukan Riz membantah Mummy, Riz punya alasan sendiri" ~ Riz Adrian "Kau tak mahu, saya seribu juta kali tak ingin" ~Inka Christie "Apa salah haiwan berbulu tu Riz, dia makhluk Allah juga?" ~ Datin Sri Ruhil Amani " Jangan kacau kucing saya, Mr CEO! Awak memang tak layak.." ~ Inka Christie " Apa salah aku? Aku hanya ada alahan.. takkan korang tak faham..?!" ~ Riz Andrian Dapatkah Riz dan Inka bersatu mengabulkan impian Datin Sri Ruhil Amani?!


Share this novel

Rate this story


Comments

Adra Hasya
2025-01-20  1 Replies

Riz tu dahlah tengah buat geng dengan Snowball tapi Snowy nak jeles dah kenapa.. pi pantang dulu bagi habis hahaha.. Inka cepatlah ingat Riz hehe..

Farhanazlan
2025-01-19 

Hahaha..kelakar tul lah citer Ceo ni.. boleh release tension.. Tahniah author ceriakn hari sya...

Adra Hasya
2025-01-17  3 Replies

asyik bergaduh aje ya Riz dengan Ryan ni.. pening Inka tau haha.. baiknya Riz tak ambil kesempatan kat Inka masa dia tak ingat..

Erna Md Nordin

297 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience