kisah ini menceritakan tentang Rashdan,seorang remaja kampung yang berada di dalam keluarga yang miskin. Hari demi hari Rashdan membesar lalu jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Zulaikha, seiring dengan perkembangan Rashdan dan Zulaikha mula berbalas surat namun semuanya terputus saat Rashdan balik semula ke rumah kerana Abang tirinya Haikal, telah menikah dengan Zulaikha seorang gadis yang amat di cintanya Bagaikan retak menanti belah Rashdan di jodohkan dengan sepupunya Haqisha. Haqisha lahir dalam keluarga yang kaya raya, tidak seperti rashdan. Beberapa bulan berlalu Zulaikha hanya mendiamkan diri. Manakan tidak tiada angin atau ribut tiba tiba taufan. Hanya Tuhan yang tahu Zulaikha hamil 2 bulan, baginya satu mimpi ngeri namun apakah daya bunga mekar telah di petik orang. Baginya itu adalah umpama berjalan di atas duri duri sembilu, sakit kian terasa namun di gagahi jua. Puas di pujuk Rashdan hanya diam saat berhadapan dengan Qisha,manakan tidak hari pertama menikah di halau keluar dari bilik. Hanya bertemankan sofa dan selimut,itulah yang di hadapinya hari hari. "Berselerak helaian surat penuh dengan janji janji yang menganggu oleh kelembutan bahasamu" Tanpa di sedari air mata mengalir di pipi. Dugaan apa ini Tuhan? Cinta tidak kesampaian di tambah pula dengan herdikan mertua hari-hari. "Pulanglah oh sayang bersama salju Rindu kasihmu" Lagu seterusnya seakan memutar semua semula waktu, Rashdan hanya termenung kosong namun di kejutkan dengan panggilan Qisha, tapi tidak di endahkannya "Ada orang cari." Rashdan hanya memandang ke luar manakan tidak bagai di Sambar kejutan elektrik sosok tubuh yang pernah di cintanya datang, Rashdan termangu seketika, tiada perkataan yang di lafazan hanya renungan penuh makna, Rashdan menangis semahu mahunya namun tidak di endahkan Zulaikha. Anak patung beruang, sebatang pen dan semua surat di Pulangkan ke Rashdan. "Ya Tuhan, apakah ini balasan yang apa telah aku lakukan?" Beberapa buah lagu di tulis dan di terima oleh penggubah lagu hanya itu pendapatannya, royalti dan untung semua di serahkan ke pusat kebajikan Masyarakat di atas nama Zulaikha binti Nordin. Tiada apa yang dapat di lafazan hanyalah kenangan lama yang berlalu tanpa lafaz. Apakah yang akan terjadi? Mampukah Rashdan keluar dari kenangan yang membelenggu diri?
Update 10 January 2024