Sufi dan Sufiah, dua pasangan adik-beradik yang suka bergurau kasar sesama sendiri. Saling mengenakan antara satu sama lain. Adakala, hubungan mereka begitu manis lagaknya pasangan suami isteri yang romantis. Banyak kisah suka-duka yang tercetus dalam keluarga mereka. Sifat Sufi yang periang dan suka bergurau terhakis angkara satu peristiwa. Dia menjadi seorang yang amat garang dan tegas sehingga ditakuti oleh sesiapa sahaja. Dan angkara peristiwa sama, ibu dan ayah kepada dua beradik itu saling bermasam muka dan bertelingkah hingga membawa kepada perpisahan. Sufiah pula semakin kesepian tanpa ulah adiknya yang selama ini menyerabutkan kepala tetapi terselit rasa terhibur yang membibitkan rasa gembira dan bahagia. Malah, ia berganti dengan ketakutan dan kerinduan. Adakah kelopak kebahagiaan yang sirna itu mampu mekar kembali menghiasai kehidupan mereka sekeluarga? Ikutilah INTAN PAYUNGKU.
Update 06 December 2024
2023-03-31 1 Replies
Donated 200 nCoins
2023-03-20 1 Replies
Donated 600 nCoins
2022-10-31 1 Replies
selesai membaca best ,,,,,akan terus bacaan free ka atau guna coin lepas ni Aqmal??