Her Voice

Sm.mh (Tulip Haura)

Mystery & Detective Series 28930
5
(256 ratings)

Synopsis

Eshan Maisur, seorang lelaki yang dibesarkan dalam serba serbi sempurna. Peristiwa ini bermula dari dia yang selalu jadi 'malaikat' buat seorang gadis yang menjadi buruan orang-orang kongsi gelap. Saat itu dia jatuh cinta walaupun tahu si dia bakal menjadi milik orang lain. Hatinya hancur bila tahu si gadis tiba-tiba menghilangkan diri. Lalu Eshan membawa diri jauh ke negara orang. 10 tahun berlalu, kepulangan Eshan dinantikan oleh seluruh keluarga bila si ayah pergi meninggalkan mereka. Pertemuan kali pertama dengan Evan memberi kesan yang mendalam. Evan, budak lelaki berusia 5 tahun itu dengan begitu berani menggelarnya 'Daddy'. Perkenalan yang cukup singkat namun begitu bermakna. "Daddy.. Evan rindu daddy.." - Evan. "Daddy?" - Eshan. ___ ___ "Tuan, ni ada telefon tuan. Saya simpan." "Telefon saya?" "Ya tuan. Sejak dari 2 tahun lepas saya simpan. Banyak mesej masuk tapi sumpah saya tak pernah buka. Itu hak privasi tuan." Dua peristiwa dalam satu masa. Evan dan pemberian telefon misteri itu buat Eshan tertanya-tanya 'apa yang berlaku sebenarnya?' Eshan tekad, dia harus jejak siapa pemilik sebenarnya telefon itu dan siapa Evan. Melalui voice mail yang di tinggalkan, Eshan dapat dengar jelas suara itu lunak, halus berbisik di telinganya. Ada kalanya merintih kesedihan, menangis. Jiwa Eshan turut merasa sakit. Bila suara itu beralun kata-kata rindu, cinta, jiwa Ehsan rasa bahagia, seolah-olah si dia sedang berkata kepadanya. Eshan tersenyum bahagia. Ada ketika dia mengadu penat, bercerita panjang sehingga si dia lena. Eshan turut terasa. Berdecit, tak suka! Eshan berusaha mencari siapa 'si dia' dan bila rahsianya itu tersingkap, rupanya masih ada banyak lagi rahsia lain yang dirahsiakan dari pengetahuannya. Satu persatu muncul dan ada ketikanya Eshan rasa lelah mencari. Lelah sehingga dia rasa mahu rebah! Hakikat yang sangat menyakitkan dan sangat menakutkan!


Share this novel

Rate this story


Comments

La Mea Achiko
2023-12-13 

hi, jemput baca karya terbaharu saya Fathur Rahman ♥️

3 Little B's
2023-10-02  1 Replies

Baru habis baca :(.Semua rasa ada,sakit,marah,sedih...dan yang paling tak sangka...musuh dalam selimut.Memang tak boleh nak brain siapa 'dia' yg menjadi dalang.Terima Kasih untuk cerita yang sungguh menjentik emosi.Congrats Author :)

Mariani Harun
2023-10-02  1 Replies

mcm mana nk dptkn citer ni ye..sy dh buke fb tp x tau nk buat mcm mana..kne beli ke

Sm.mh (Tulip Haura)

1034 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience