Esok malamnya perkara yang serupa juga terjadi pada Yana. Boleh dikatakan setiap malam gangguan berlaku pada Yana, tidak kiralah dia tidur bersama adiknya atau sesiapa sahaja. Gangguan masih tetap berlaku. Pada suatu malam Jumaat, Yana melelapkan mata seperti biasa. Tiba-tiba dia terasa sejuk, lalu dia terbangun. Alangkah terperanjatnya Yana apabila melihat tingkap terbuka luas, tanpa berlengah Yana berlari mendapatkan ibu bapanya di tingkat bawah. Yana, ibu dan ayahnya dengan jelas mendengar bunyi seakan-akan puting beliung berpusing-pusing di sekeliling rumah.
View All Chapters (Total 10 Chapter)
Update 07 March 2018
2019-04-26
read my story 'Misteri Rumah Usang'....Thanks
2019-01-16 2 Replies
NINA
2018-11-10
yang bab ke10 tu cerita macm.pernah baca dalam penanggal