My Sweet Pepero

MandakZ

Family Series 89081
5
(254 ratings)

Synopsis

Bacaan Percuma Permintaan Tok Teh yang mahu bertemu semula dengan bekas pembantu rumahnya yang telah berbelas tahun berhenti kerja membuatkan Rhett Raffendy buntu. Di mana mahu dicari wanita yang hilang jejaknya selepas keluar dari rumah mereka? Tidak sampai hati mahu menghampakan permintaan nenda tercinta, Rhett Raffendy mulakan pencarian hinggalah dia tiba di sebuah perkampungan yang agak terpencil. Sangkanya, semua semudah mengopak kulit kacang bila Rhett dapat tahu bekas pembantu rumahnya berada di kampung terpencil itu. Malangnya, dunia kecil yang disangka mudah dimanipulasi itu jadi berantakan bila Rhett bertemu seorang gadis kampung bernama Deila Araferro. Deila Araferro yang terpaksa melupakan impian dan balik ke kampung kerana mahu menjaga opah. Namun, minatnya terhadap dunia perniagaan tidak pernah terkubur. Bersama rakan baik, dia mula membuka sebuah kedai runcit di kampung. Kedai runcit itu menjadi tumpuan anak-anak kecil kerana ia satu-satunya kedai yang menjual pelbagai jenis jajan buatan tempatan dan luar negara termasuklah jajan kegilaannya iaitu Pepero. Malahan, Deila sendiri menyuruh budak-budak di kampung memanggilnya Miss Pepero. Pertembungan dua manusia jenis keras kepala dan ego nak mampus itu buat kampung yang dulunya aman damai jadi huru hara. Pertemuan itu juga perlahan-lahan mulai menyingkap rahsia yang terkubur sekian lama, membongkar kekejaman yang membuatkan dua hati hancur berkecai! Apakah pengakhirannya? Akan adakah bahagia menanti dua insan yang tidak berdosa tetapi akhirnya menjadi mangsa dan menanggung akibat dari kesilapan yang pernah dilakukan oleh generasi sebelumnya? Words count: 1500-2000 per chapter. Chapter memang pendek, kalau terlebih tu ertinya saya kerajinan hihi, Enjoy!


Share this novel

Rate this story


Comments

MandakZ
2024-07-22  1 Replies

Amboi, sukanya korang Rhett kena dera hahaha

Mimie Yahya
2024-07-22 

hamikk ko rhett....bantai lagi del ..bagi otak2 nya berhubung..bengap x boleh di ajo....del janda mirul duda...ok la tu ..hahahah...melopong ko rhett ..

Sutera Merah
2024-07-21 

melepaskan geram betul si del ni...hehehe...terjawab sudah deqa anak mirul n wife die

MandakZ

989 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience