Dia Yang Aku Lupakan

deejakayla

Romance Series 14705
5
(38 ratings)

Synopsis

Sungguh aku tak ingat siapa diri aku sebenarnya. Dimana aku sekarang ini? Siapa perempuan ni? Kenapa aku tak pernah kenal dia? "Saya tunang awak." - Fiya "Saya bohong jelah. Saya bukan sesiapa pon." - Fiya Buat kali kedua, perasaan keliru itu datang lagi. Aku tak pasti siapa perempuan cantik rupawan ini tapi mengapa dia mengaku bahawa dirinya adalah isteri yang baru aku nikahi. Makin aku tolak, makin dia datang. Tak putus asa dia yakinkan pada aku yang dia perempuan yang aku cinta. Dan juga sebaliknya. Kenapa ketika ini, tiada sekelumit rasa cinta pon aku pada dia. Mengapa aku tidak merasai seperti apa yang dia perkatakan. Najla Safiya. Cantik nama. Secantik orangnya. Kenyataan yang aku sendiri tidak boleh menipu sejak pertama kali aku bertentang mata dengannya. Melihat tangisan gadis itu bila mana aku nafi yang aku kenal rapat dengannya buatkan dada aku sakit, sesakit-sakitnya. Perasaan apa ini? Pandangan ditoleh kesisi. Kenapa aku hanya ingat dia? Seorang perempuan berambut panjang berwajah cantik serta berambut panjang sengaja dilepaskan. Aliya Qasrina. Kenapa dia hanya satu-satu perempuan yang aku rasa aku berhubung rapat dengannya? - Tengku Hasnain Safwan -


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

deejakayla

521 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience