Kontrak Cinta Tuan Damien

Qaish Imani

Romance Series 33076
5
(266 ratings)

Synopsis

“Kau yakin aku tak usik kau? Aku sendiri tak percaya dengan diri aku. Macam mana kau boleh yakin kau masih suci?” – TUAN DAMIEN Bangun pagi di sisi Tuan Damien bukan rancangan Camie, bukan juga helah Tuan Damien untuk memiliki hati gadis itu. Namun itulah apa yang terjadi. Terlanjurkah mereka? Tiada siapa tahu jawapannya. Demi mengelakkan lebih banyak bencana, Damien usulkan kontrak pernikahan. “Kita kahwin!” – TUAN DAMIEN Kahwin kontrak? Tidak pernah terlintas di fikiran Camie. Tuan Damien tiada kurangnya, malah terlebih layak. Tetapi bukan begini kisah cinta yang dia impikan. “Maaf, saya tak berminat. Baik dan buruk hidup saya, biar saya tanggung sendiri. Budiman ada untuk saya.” CAMIE “Budiman?” Damien tercabar! Ego lelakinya semakin berkehendak. Matlamat tak menghalalkan cara, namun andai hanya itu jalannya Damien rela mencuba. Zuriatnya tidak akan dibiarkan yatim sebelum lahir itu nekadnya. Kontrak pernikahan dibentuk, mengikat Camie dan Damien dalam hubungan yang sah. Selepas terlafaz akad, semuanya berubah. Damien belajar erti tanggungjawab Camie belajar erti bahagia. Bersama-sama mereka mencorak rumah tangga yang harmoni semuanya demi anak. Andai satu hari nanti anak itu tiada. Mampukah mereka meleraikan ikatan yang dibina? Tegakah Camie melepaskan bila bahagia sudah menjadi miliknya. Akankah Damien merelakan sedangkan hatinya yakin cinta itu wujud antara mereka. Kontrak cinta Tuan Damien: No t&c Just TLC (Tender Loving Care)


Share this novel

Rate this story


Comments

SAFIELA
2023-12-12 

bila nk update Windu Damien ng Camie

Zuriah Ali
2023-11-28 

tlg updated lg

iftyhaula
2023-11-17 

knp stop tiba² cerita dah best

Qaish Imani

848 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience