Iris Qarissa seorang gadis kampung yang hidup sederhana.Hidup zaman kanak-kanaknya tidak seindah seperti kebanyakan rakan-rakannya.Hidupnya tidak bebas dan sering dikongkong oleh ayahnya. Setelah dewasa,Iris Qarissa tinggal di ibu kota bersama ibu saudaranya.Setelah dua tahun,dia mula mengenali rakan baru yang bekerja di tempatnya.Di situlah segalanya bermula.Iris Qarissa mula mengenal dunia yang tidak pernah dikenalinya.Dia mula tinggal bersama rakan barunya,Fariza.Kerana Fariza jugalah dia mula berkenalan dengan seorang lelaki bernama Luth Wafiy,seorang businessman yang sudah pun berkeluarga dan menghadapi masalah dalam rumahtangga.Sejak itu Iris Qarissa dan Luth Wafiy mula menjalinkan hubungan. Hubungan mereka tidak kekal lama.Iris Qarissa dipaksa berkahwin dengan jejaka pilihan keluarganya,Harraz.Seorang jejaka yang berkerjaya dan sudah pun mempunyai pilihan hati.Kerana kemahuan keluarga mereka menerima perkahwinan itu. Saat cinta Iris Qarissa dan Harraz mula berputik,Luth Wafiy hadir kembali menagih cinta.Mengharapkan Iris Qarissa membalas semula kebaikannya.Iris Qarissa dalam delima.Siapakah yang akan menjadi pilihannya?Adakah kisah lamanya bersama Luth Wafiy akan kekal menjadi rahsia?
Update 06 December 2024
2024-06-02
meh bca novel halalkan cintaku
2023-12-17
Alhamdulillah...first bab untuk novel Gerbang kasih dah release...Jemput singgah semua
2023-12-17 3 Replies
Bila sambungan novel ni sis. X sabar nak tau kesudahannya.